Saturday 1 November 2014

MISTERI HILAIAN TENGAH MALAM

MISTERI HILAIAN TENGAH MALAM

MISTERI HILAIAN TENGAH MALAM | Setiap orang mesti pernah lalui peristiwa-peristiwa seram, aneh, atau mistik sepanjang hidup mereka. Tak kisah lah apa jenis pun peristiwa itu, selagi ia sukar dicerna oleh akal rasional pastinya akan menyimpan kenangan untuk diingati. Tak pun buat modal bahan bercerita apabila berkumpul dengan kawan-kawan. 


Begitu juga dengan aku. Sepanjang hidup aku, adalah beberapa peristiwa aneh dan menyeramkan yang pernah aku lalui sehingga terpahat dalam ingatan aku ke hari ini. Maknanya, peristiwa tu benar benar terjadilah sehingga aku benar-benar ingat sampai ke hari ini walaupun dah lama berlaku. Kalau orang bercakap pasal cerita-cerita seram, mesti terlintas di fikiran :HANTU.

Walhal, kalau nampak "accident" ngeri "live" depan mata pun bagi aku dikira seram juga. Tapi setakat ni, peristiwa seram yang pernah jadi kat aku mungkin masih berkisar dengan makhluk halus lah kot yang juga orang Melayu sering sebut sebagai hantu. Dalam penulisan aku di bawah ni aku tak menambah unsur-unsur suspen seperti mana perasaan-perasaan aku sewaktu kejadian tu berlaku. 


Aku cuba rasionalkan cerita ni dan hanya menyampaikan cerita – tak nak transferkan rasa seram tu kat orang yang membaca. Sebab sampai sekarang aku masih lagi mencari logik peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas aku itu.


HILAIAN MALAM


Malam tu, aku sedang mengulangkaji pelajaran di ruang tamu. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku masih gigih cuba menyelesaikan soalan Matematik Tambahan yang tinggal lagi 2 page. Tapi, macam yang korang semua tahu.


Satu soalan add math je biasanya ambil masa yang lama untuk diselesaikan. Tambahan untuk aku yang lembab matematik, Aku dengan mudah tertewas menghadapi soalan tahap form 4 ni. Mata aku semakin mengantuk dan fikiran aku dah mula melayang jauh menghadap soalan di atas meja. Namun, tiba-tiba aku terasa seperti namaku dipanggil. Aku ada menoleh tetapi aku buat tak layan sebab aku rasa aku mamai. “Ahhh… sikit je lagi ni, pukul 3 aku tidurlah;” fikirku. 



Tak semena-mena, aku terdengar satu hilaian tawa yang panjang. Panjang dan mendayu-dayu macam dalam satu nafas sahaja. Tak putus-putus. Aku yakin suara itu datang dari luar rumah. Dari atas pokok rambutan yang betul-betul ada depan rumah. Aku tak rasa itu suara manusia. Perempuan gila mana yang nak ketawa mendayu-dayu macam tu malam-malam. Tambahan pula rumah kampung, Pukul 12 malam saja dah habis semua gelap orang masuk tidur. Mulalah aku fikir yang bukan bukan dan tahyul.


Pengutusnya, aku angkut semua kotak pensel dan buku, masuk tidur tak sempat kemas. Terpaksalah aku meniru jawapan member lain esoknya. Lagipun, takkan aku nak bagi alasan tak siap kerja sekolah pasal kena ganggu Pontianak kalau cikgu tanya kan…? Esoknya, aku ceritakan apa yang jadi malam tu kat atuk aku.


Pak cik aku yang terdengar cerita aku menyampuk; “Kalau aku, buka tingkap…jengah. Pastu sergah : Woi kau nak apa malam-malam ni ha!?”

Aku pun rasa ada betulnya juga cakap dia tu. Orang dok struggle nak SPM, Pontianak tu dok baik punya kacau kita buat add math malam-malam. Dasar nak kena pukul.

No comments:

Post a Comment