Monday 3 November 2014

LUAHAN DAN HARAPAN HANEZ SURAYA SETELAH KES WATAKNYA DIGANTIKAN

LUAHAN DAN HARAPAN HANEZ SURAYA SETELAH KES WATAKNYA DIGANTIKAN | Selepas disingkirkan daripada produksi telefilem ‘Cikgu Timah Sekolah Bandar’ dan wataknya digantikan dengan pelakon lain, Hanez Suraya mengambil langkah berdiam diri dan tidak mengulas mengenai perkara ini untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.



“Saya tidak mahu komen lagi mengenai isu ini. Memang saya akui isu yang timbul telah menggelapkan karier saya. Namun apa berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup. Saya yakin Tuhan sentiasa ada di sisi. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenar,” ujar Hanezyang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Luahan sayu Hanez Suraya – Menyedari kesilapan yang dilakukannya dahulu, Hanez masih lagi mengharapkan dirinya diberikan peluang untuk menunjukkan bakatnya dalam dunia lakonan. Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan pelakon drama ‘Autumn Di Hatiku’ ini telah digam oleh stesen TV tempatan ekoran kontroversi yang pernah melandanya satu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment