Monday 3 November 2014

LUAHAN SEDIH SITI NURHALIZA TENTANG ISU PENCERAIAN ADIKNYA, SITI SAERAH

LUAHAN SEDIH SITI NURHALIZA TENTANG ISU PENCERAIAN ADIKNYA, SITI SAERAH | Heboh di laman sosial semalam isu adik penyanyi terkenal negara Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Siti Saerah yang di katakan telah bercerai dengan talak 3.

Adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah mengambil pendirian untuk berdiam diri berhubung isu dia diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana isu itu melibatkan air muka dan maruah banyak pihak.


“Saya minta maaf, bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada sebuah akhbar yang membuat follow-up berita portal.

Apa yang sebelum ini sekadar desas-desus menjadi satu berita hampir pasti apabila Siti memuat naik satu ‘post’ di laman Instagram peribadinya yang ditujukan khas buat adik beliau.


“Allah S.W.T Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yang terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yang melaluinya.

Buat @sairahtarudin, bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada Allah. Insyaallah semuanya tenang.”

Saerah yang berkahwin pada 27 Oktober 2010, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad Daiyan, 2 dan Ahmad Aisy, 10 bulan.

Jodoh pertemuan Allah swt yang tentukan, kita hanya merancang tapi Allah swt lebih tahu apa yang terbaik. Terus kehidupan demi anak-anak yang sedang membesar.

No comments:

Post a Comment