Sunday 21 December 2014

TOP 10 ARTIS YANG MEMPUNYAI UKURAN BRA TERBESAR



Yang mempunyai ukuran paling besar ialah dari no 10.

1. Yeyen Lydia – Ukuran BRA Yeyen Lydia 34 A

2. Farah Quinn – Ukuran BRA Farah Quinn 34 D

3. Anita Hara – Ukuran BRA Anita Hara 34 D

4. Magdalena – Ukuran BRA Magdalena 34 E

5. Audy Item – Ukuran BRA Audy Iiem 34 E

6. Aura Kasih – Ukuran BRA Aura Kasih 35 D

7. Wiwid Gunawan – Ukuran BRA Wiwid Gunawan 36 B

8. Five V – Ukuran BRA Five V 36 B

9. Kiki Amalia – Ukuran BRA Kiki Amalia 36 C

10. Julia Perez Alias JUPE – Ukuran BRA JUPE 36 D

3 ARTIS POPULAR YANG SUDAH MURTAD


3 ARTIS POPULAR YANG SUDAH MURTAD | Masyarakat masih dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi yang popular dengan lagu, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan ia disahkan oleh ibunya sendiri, Deetje yang menyatakan rasa kecewanya . Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain.


Menurutnya, Pinkan atau nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo telah banyak berubah sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak akan menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga telah dikatakan meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka telah berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.


Rianti atau lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, pada ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia juga mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.Namun walau bagaimanapun, pihak gereja enggan mengesahkannya.

Antara Selebriti popular Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah. Happy juga dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.


Model yang juga pelakon filem ini dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu merupakan antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka juga melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu .

Menurut Happy , dia tidak akan berbicara mengenainya secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia tentang hubungan perkawinannya .

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain kerana mahu mengikut agama suami mereka masing-masing.

POLIS SERBU KEMUNCAK PESTA SEKS TERBESAR DI MALAYSIA MALAM TADI


POLIS SERBU KEMUNCAK PESTA SEKS TERBESAR DI MALAYSIA MALAM TADI | Tahniah PDRM kerana bertindak pantas menyerbu kelab malam eksklusif yang cuba menganjurkan pesta maksiat yang terbesar di Malaysia malam tadi dan menurut sumber ia juga bakal berlangsung malam ini. Tahniah juga kepada pihak SPRM yang memantau laporan resah masyarakat kota tentang aktiviti yang tidak bermoral ini.

Masyarakat ingin melihat dalangnya diheret ke muka pengadilan dan bukan setakat serbuan sahaja seperti sebelumnya.

Ketelusan pihak PDRM dalam isu-isu sebegini mampu untuk menaikkan kembali imej PDRM yang kian dipersoalkan terutama bila isu pelacuran ini sudah semakin kronik.

Aktiviti yang didalangi oleh kumpulan kongsi gelap ini semakin berani kerana dakwaan wujudnya ‘hubungan baik’ antara Ketua Kongsi Gelap dan Pegawai Berpangkat Tinggi dalam PDRM.

Selama dua hari berturut turut MalaysianCrime mendedahkan tentang pesta yang akan berlangsung ini. 

Pihak cawangan D7, cawangan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat perlu lebih serius menjalankan operasi sepertimana cawangan Narkotik yang banyak menghasilkan tangkapan dalam setiap operasi mereka.

Sudah lama masyarakat yang sayangkan negara mendedahkan kegiatan haram kongsi gelap yang kelihatan begitu kebal, malah pihak media utama negara juga telahpun membuat pendedahan eksklusif tentang bagaimana jerung-jerung terlepas dan tangkapan cawangan D7 hanya tertumpu kepada pekerja yang menjaga premis operasi perniagaan haram mereka sahaja.

Telah sampai masanya pihak cawangan D7 lumpuhkan terus kegiatan haram ini dengan ‘memenggal kepala’ bukannya dengan menangkap ikan-ikan bilis seperti yang tersiar di dada akhbar dan di media elektronik.

Malam ini, pihak PDRM, SPRM, DBKL dan JAWI lagi sekali perlu memantau Kelab tersebut kerana ianya dijadualkan berlangsung selama dua hari dan malam ini adalah kemuncak pesta maksiat itu.

PANAS!! ASTRO HARAMKAN AGAMA ISLAM DALAM PERMOHONAN BARU?

PANAS!! ASTRO HARAMKAN AGAMA ISLAM DALAM PERMOHONAN BARU? | Seorang retailer Astro mendedahkan di Facebook BBCD hari ini tentang syarat baru Astro ‘mengharamkan’ agama Islam dalam permohonan, ia mendatangkan kecoh dalam kalangan netizens.


Status individu mendakwa retailer Astro berbangsa Melayu dan beragama Islam itu berbunyi:

Astro buat undang undang haramkan agama Islam dalam permohonan. Agama lain tak apa.

Salam BBCD saya seorang retailer Astro yang berbangsa Melayu. Saya ada menerima email dari astro syarat-syarat permohonan baru untuk Astro. Mula mula saya biarkan je tak amik port.

Tapi semalam 7 pelanggan Melayu Islam saya kena reject permohonannya. Saya call validation department. Mereka kata sebab saya tak tutup atau sorokkan agama ISLAM dalam ic pemohon tu. Saya tanya kalau agama lain macam mana? Diorang jawab agama lain tak apa. Hanya agama Islam khas yang tak boleh ada dalam permohonan.

Kalau pemohon agama islam, kita kena tutup atau sorokkan Islam tu baru permohonan diterima. Tak kan nak cari rezeki saya nak kena sorokkan agama Islam. Saya dan rakan yang lain sedih sangat. Boleh tak BBCD tolong viralkan?

Bersama status ini, disertakan surat pekeliling dikeluarkan Astro bertarikh 12 November 2014.



Hal ini mendatangkan kemarahan ramai pengguna Astro beragama Islam hingga terbitlah bermacam-macam komen, antaranya seperti yang kami kongsikan di bawah.



Bagaimanapun, ada juga yang bersikap lebih rasional dan menerangkan bahawa syarat yang dikenakan Astro ini, tertakluk pada akta Akta Perlindungan Data Peribadi 2013 (Akta 709) di mana seksyen 4 akta tersebut menyatakan maklumat sensitif individu seperti agama dan politik perlu dilindungi dan tidak boleh dihebahkan.



Ye ke? Tapi kenapa agama Islam je? Hairan...

Boleh APDP atau sesiapa terangkan bentuk perlindungan tu bagaimana dan kenapa?

Oleh kerana Astro telah bekerjasama dengan syarikat yahudi, mungkin pemohon baru tidak akan dilayan KECUALI MENGAKU BUKAN ISLAM DENGAN 'MENUTUP' STATUS ISLAM DALAM KAD PENGENALAN!

Apa pula hukumnya dalam Islam?

Hebat strategi musuh-musuh Islam laknatullah ni kan..

Akta Perlindungan Data Peribadi 2013 (Akta 709) seksyen 4

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah s. 5(1) dalam Akta ini demi menjaga keutuhan data peribadi

Pertama - Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain

Kedua - mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan

Ketiga - ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.

Keempat - Prinsip Keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.

Kelima - Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan

Keenam - Prinsip Integriti Data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.

Ketujuh - Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini. 

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan APDP 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi. Baca SINI.

Masalahnya, apa alasan rasional di sebalik semua ini? Semakin hebat nampaknya karenah jijik ASTRO yang sebelum ini melantik sebuah syarikat Yahudi, AMDOCS, sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut. Baca SINI.

Jadi, apa kata anda?

GAMBAR SWEET EMMA MAEMBONG & ZIZAN RAZAK BUAT PEMINAT TAK SENANG DUDUK



GAMBAR SWEET EMMA MAEMBONG & ZIZAN RAZAK BUAT PEMINAT TAK SENANG DUDUK | Rata-ratanya menunjukkan komen positif dan menyatakan rasa tidak sabar untuk menunggu giliran Emma dan Zizan bersanding.

KUALA LUMPUR: Nampaknya koleksi foto-foto ‘sweet’ aktres Emma Maembongbersama kekasih hati Zizan Razak semasa majlis pernikahan Yaya Maembong membuatkan peminat mereka tidak senang duduk.

Namun jangan salah faham, sebagai peminat mereka begitu teruja dan seronok melihat kebahagiaan pasangan Emma Maembong dan Zizan Razak sehingga ada yang mendesak supaya mereka berkahwin.

Malah ada juga peminat menggunakan hashtag #sweetcouplezizanemma di setiap foto mempunyai wajah pasangan tersebut.

Rata-ratanya menunjukkan komen positif dan menyatakan rasa tidak sabar untuk menunggu giliran Emma dan Zizan bersanding.

Tak percaya?

Jom lihat koleksi foto-foto menarik Emma Maembong dan Zizan Razak yang diambil dikongsi oleh pasangan ini di akaun Istagram mereka.



ROSYAM NOOR BENGANG ANAK GADISNYA DISURUH BUKA TUDUNG


ROSYAM NOOR BENGANG ANAK GADISNYA DISURUH BUKA TUDUNG | TIBA-TIBA kecoh di Twitter perihal pelakon popular, Rosyam Nor melahirkan perasaan bengang terhadap sebuah premis perniagaan yang meminta anak gadisnya buka tudung jika ingin bekerja di situ.

Aik, kita yang mendengarnya pun rasa keterlaluan permintaan tersebut. Lagi-lagi, melibatkan soal suruhan agama Islam yang sepatutnya diamalkan tanpa kekangan di negara ini.

Sebagai bapa, pastinya Rosyam Nor kecewa apabila mengetahui, anaknya diminta melakukan demikian.


Sepatutnya, pihak pengurusan premis berkenaan lebih peka dan berjaga-jaga bila melibatkan soal seumpama ini, apatah lagi mereka buat bisnes di negara Islam kot!

Lagipun, remaja-remaja seperti anak Rosyam datang meminta kerja semata-mata ingin belajar berdikari dan berusaha mendapatkan sedikit wang sampingan sebelum lanjutkan pelajaran.

Dah jadi camni, sedikit sebanyak boleh melunturkan semangat mereka.


Mungkin selama ini premis terlibat memang amalkan syarat tak boleh menutup aurat kalau kerja di sana, cuma tak ada yang berani buka mulut.

Tapi bila yang terkena anak artis popular, maka habislah semua orang tahu tembelang prinsip perniagaan yang tak sepatutnya diamalkan tu.

Punyalah marah Rosyam Nor kerana mungkin turut berasa hati bila agama suci dipermainkan, pelakon popular ini menyarankan peminatnya agar tidak mengunjungi premis berkenaan.

Dari segi lain, prinsip bodoh mereka ini boleh membuatkan sesetengah remaja yang mulanya teruja ingin bekerja untuk isi masa lapang dan mengumpul wang serta pengalaman terus rasa tak berkeyakinan untuk memohon kerja di tempat lain pula.

KES BULI JALAN RAYA : ABANG SADO TUNJUK SAMSENG DI DAMANSARA PERDANA


KES BULI JALAN RAYA : ABANG SADO TUNJUK SAMSENG DI DAMANSARA PERDANA | 13 Disember yang lalu, seorang pengguna Facebook, I-ling Tay, memuat naik beberapa gambar seorang lelaki berbadan sasa di laman Facebook mendakwa lelaki berkenaan telah mengancam keselamatan ibu bapanya ketika memandu di kawasan Damansara Perdana. 

Menurut wanita itu, lelaki terbabit yang menunggang motosikal bersama rakan wanitanya di tengah-tengah jalan. 

Ayah kepada si pengadu membunyikan hon agar motosikal itu memberikan laluan kepada mereka. Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak puas hati dengan tindakan ayah si pengadu menyebabkan dia menunjukkan isyarat penumbuk. 



Keadaan bertambah buruk apabila kedua-dua mereka berhenti di lampu isyarat. Lelaki terbabit menunjukkan lagak samsengnya dengan memukul cermin kereta mangsa dan menendang bampar depan kereta mangsa. 

Namun, rakannya cuba menghalang dan mereka terus meninggalkan kereta mangsa. 

Kedua-dua mangsa bernasib baik dan tiada kecederaan yang dialami. I-ling Tay menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika terserempak dengan lelaki terbabit.