Monday 1 December 2014

4 GAMBAR ATILIA DAN ADAM DIRAIKAN SETELAH 3 BULAN BERNIKAH


4 GAMBAR ATILIA DAN ADAM DIRAIKAN SETELAH 3 BULAN BERNIKAH | Selepas tiga bulan bernikah, penyanyi dan pengamal yoga Atilia dan suaminya, Adam Sofian Mazlan diraikan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di sini malam ini.

Sebelum ini selepas tujuh tahun hidup solo, penyanyi jazz popular, Atilia bernikah untuk kali kedua pada 31 Ogos lalu dengan pilihan hatinya, Adam Sofian Mazlan, di Saujana Golf & Country Club.

Majlis berlangsung secara tertutup dan kecil-kecilan itu dihadiri 160 orang terdiri daripada keluarga terdekat serta teman rapat.

Dianggarkan 800 orang tetamu hadir malam ini termasuk tetamu kehormat.

Antara teman artis yang hadir termasuk ibu Atilia sendiri iaitu Salamiah Hassan, Yasmin Hani dan Dynas Mokhtar.



No comments:

Post a Comment