DATUK ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS DILAMAR BERLAKON DRAMA | Pasti ramai yang mengenali usahawan kosmetik dan produk kesihatan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman ni kan? Kacak juga rupanya duta D’Herbs yang selalu je buat gimik bagi mempromosikan produknya. Sangat kreatif dan produk ini semakin dikenali orang ramai kerana menggunakan baris kata ‘Terlajak Laris’ dengan mimik muka yang selamba dan suara yang nyaring itu.
Kerana populariti yang diraih, suami kepada bekas anggota kumpulan nasyid Solehah bernama Norshahida Mohd Rashid itu sebenarnya sudah dilamar untuk berlakon drama. Gosip ini masih ‘fresh’lagi tau!, cuba bayangkan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berlakon drama, pasti ramai peminatnya nantikan.
Namun Datuk Aliff Syukri masih terfikir untuk menceburi bidang baharu itu. Yelar kan, bukan senang untuk berlakon drama lagipun Datuk Aliff Syukri sudah biasa menjadi duta produk D’Herbs. Mungkin berlainan caranya sekiranya berlakon drama, tapi bila dilihat Datuk Aliff Syukri cukup berbakat bila berlakon. Tengok sahaja iklan D’Herbs, ramai tertarik dengan iklan tersebut sehingga ‘Terlajak Laris’.
“Saya tak pandai berlakon. Setakat berlakon iklan itu cukuplah. Saya tolak dengan baik kerana lakonan bukan ‘forte’ saya. Tumpuan saya hanya pada perniagaan. Tapi kalau nak suruh saya berlakon jual jamu boleh dipertimbangkan,” katanya kepada bernama.
Cuba bayangkan Datuk Aliff Syukri mnerima tawaran tersebut, pasti kalah Aaron Aziz. Apa pun pasti ada sahaja yang menerima Datuk Aliff Syukri sekiranya turut terjun di dalam dunia lakonan.
No comments:
Post a Comment