PELIK!! 2 PERMINTAAN PELIK ANAK TUNGGAL NORA DANISH | Pelakon Nora Danish baru sahaja di lantik menjadi Duta produk Safi Rania yang baru mengantikan pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, bertuah badan.
Umum mengetahui yang Nora Danish mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, sejak beliau bergelar ibu tunggal dalam usia yang muda beliau seorang yang sangat tabah dan cekal dalam membesarkan anak.
Nora turut memberitahu bahawa Rayqal kini sudah masuk ke darjah satu di sekolah antarabangsa. Dia sebagai seorang ibu agak berdebar kerana melihatkan anaknya yang sudah membesar. Baru-baru ini apa yang mencuit hati Nora apabila putera sulungnya itu meluahkan hasrat mahukan adik.
“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibubapa memantau prestasi anak-anak setiap hari”
“Jadi saya boleh tahu apa kerja sekolah dia hari ini dan begitu juga dengan pelajaran mana yang dia mahir dan sebaliknya. Dia juga ada suruh saya melahirkan seorang bayi. Katanya dia mahu adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,” katanya sambil tersenyum.
Selepas pulang dari penggambaran video klip bersama Nomad di Bali, kini dia dilantik pula menjadi duta kepada produk kecantikan ternama Malaysia Safi Rania Gold. Sebelum ini selebriti terkenal yang pernah menjadi duta ialah Rozita Che Wan.
Antara gambar Nora Danish dan anaknya Rayqal yang sempat di ambil untuk tatapan semua peminat di luar sana, pelik juga ye permintaan Rayqal ni. Apa agaknya jawapan
ibunya ye.
No comments:
Post a Comment