Thursday, 18 December 2014

(10 GAMBAR) IZREEN AZMINDA BERKEMBAN DALAM TEATER DI KRITIK



(10 GAMBAR) IZREEN AZMINDA BERKEMBAN DALAM TEATER DI KRITIK | Izreen Azminda memberikan alasan bahawa penampilan berkemban di dalam Takhta 3 Ratu hanyalah menurut kehendak watak semata-mata. Menurut Izreen, dia juga tidak mahu melepaskan peluang tampil di pentas teater itu.


“Dari awal lagi saya sudah tahu watak tersebut memerlukan saya berkemban. Malah Erma juga bertanya sama ada saya bersedia atau tidak untuk tampil sedemikian”


"Apabila saya menerima tawaran membawakan watak Galuh, saya tahu ia akan jadi isu. Tapi saya anggap ia normal apatah lagi setelah dipentaskan," katanya.


Tambah Izreen lagi, "Segala komen dan kritikan adalah di luar kawalan saya. Lagi pula saya bukannya nak sangat berkemban, cuma sekadar menjayakan tuntutan watak tersebut,” katanya. 


Menurut Erma Fatima dalam temubual di Melodi, Ahad lalu, dia enggan melayan kritikan mengenai berkemban kerana ia adalah pakaian orang zaman dulu-dulu, jadi tidak sepatutnya timbul isu di situ.







No comments:

Post a Comment