Wednesday 10 December 2014

(11 GAMBAR) PUNCA JURUTERBANG AIRASIA SUPER COMEL BERTUDUNG VIRAL DI FACEBOOK


(11 GAMBAR) PUNCA JURUTERBANG AIRASIA SUPER COMEL BERTUDUNG VIRAL DI FACEBOOK | Juruterbang merupakan orang yang bertanggungjawap mengemudi kapal terbang, namun begitu jarang kita lihat perempuan memegang jawatan juruterbang.

Pemikiran kita sinonim dengan perempuan jika memakai uniform syarikat penerbangan, pastinya dia seorang pramugari. Tetapi tidak bagi seorang gadis muda yang cantik ini menjawat jawatan penting dalam kerjayanya sebagai seorang juruterbang.

Noorhafizah atau lebih dikenali dengan nama Fizzy Idrus, memilih kerjaya sebagai juruterbang di usia yang muda. Kebiasaannya, di usia sebegini, golongan gadis sebayanya lebih gemar melakukan perkara-perkara rutin seorang perempuan.

Melihat Noorhafizah sebagai juruterbang, membuatkan kami rasa kagum kerana beliau berani memilih kerjaya yang boleh dikatakan berisiko tinggi yang membawa nyawa beratus-ratus penumpang di udara, meskipun dalam istilah penerbangan bahawa pengangkutan udara adalah pengangkutan yang paling selamat di dunia.

Beberapa keping gambar juruterbang perempuan yang jarang dilihat, mempunyai tubuh yang kecil siapa sangka mampu mengemudi kapal terbang yang besar.

No comments:

Post a Comment