Friday 5 December 2014

GAMBAR PERKAHWINAN ELAINE DALY DENGAN WARGA AFRIKA


GAMBAR PERKAHWINAN ELAINE DALY DENGAN WARGA AFRIKA | Pengacara program Ntv7 Bella itu berkata, dia dan suami juga akan mengadakan resepsi perkahwinan di Afrika Selatan untuk pihak lelaki pada Januari ini.

"Sebelum itu, kami akan mengadakan resepsi perkahwinan di Puncak Damai, Genting Highlands untuk saudara-mara serta kenalan rapat pada Sabtu ini," katanya.

Kuala Lumpur: Pengacara televisyen, model dan pelakon Elaine Daly selamat melangsungkan perkahwinan dengan doktor berasal dari Afrika Selatan, Nik Boden di sini, petang tadi.


Majlis yang berlangsung di sebuah restoran di Kampung Pandan di sini, dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan daripada industri seni.

Elaine, 38, berkata, dia berkenalan dengan Boden, 37, pada Mac lalu melalui seorang rakan sebelum mereka bertunang pada Julai lalu.


"Saya gembira kerana akhirnya ditemukan jodoh dengan lelaki yang baik hati dan memahami kerjaya saya," katanya.

Turut hadir di majlis adalah selebriti Hans Issac, Fazura, Sazzy Falak, Daphne Iking dan Vanessa Chong.


Boden sudah 11 tahun menetap di negara ini dan mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun.







No comments:

Post a Comment