Wednesday 3 December 2014

LIYANA JASMAY PUNCA HUBUNGAN INTAN LADYANA DAN KAMAL ADLI PUTUS

LIYANA JASMAY PUNCA HUBUNGAN INTAN LADYANA DAN KAMAL ADLI PUTUS | Sebelum ini timbul gosip Intan Ladyana Kini Ada Kekasih Baru? gara-gara gambarnya bersama seorang lelaki di laman sosial instagram miliknya bersama seorang lelaki kelihatan sangat mesra menjadi tanda tanya peminat. Namun Intan Ladyana terus menepis gosip tersebut ‘Intan Ladyana Nafi Punyai Pengganti Kamal Adli‘’.

Melalui laman instagram @intanladyana, komen Liyana Jasmay seakan memberikan hint tentang hubungan Intan Ladyana dengan lelaki tersebut yang bernama Lutfi.

Kini tampil pula Liyana Jasmay menjawab segala persoalan tentang krisis yang berlaku antara mereka. Liyana Jasmay menyangkal dakwaan kononnya dia menjadi punca kehancuran hubungan cinta Intan Ladyana dan Kamal Adli selepas dia memperkenalkan seorang lelaki kepada Intan Ladyana.




Betul juga kata Liyana Jasmay, dia perkenalkan lelaki tersebut selepas hubungan pasangan berkenaan putus. Kerana ia tidak dilihat sebagai satu kesalahan kerana Intan tidak lagi mempunyai ikatan dengan Kamal.

Pemuda tersebut rakan kepada suami saya dan tidak ada salahnya saya memperkenalkan dia kepada Intan kerana Intan pun sudah kembali solo.

Bagaimanapun tujuan saya itu bukan hendak menjodohkan mereka tetapi hanya sekadar mahu mereka berkawan sahaja dan tiada kena mengena dengan soal percintaan Kamal dan Intan sebelum ini.

Sebelum ini ‘Intan Ladyana: Henti Tanya Pasal Kamal Adli‘ malah ‘Kamal Adli Redha Berpisah Dengan Intan Ladyana‘. Jadi tidak perlu dipersoalkan lagi tentang hubungan mereka sedangkan masing-masing sedang berbahagia.

Liyana Jasmay tidak pernah mencampuri sebarang urusan peribadi rakan baiknya itu kerana merasakan tidak manis berbuat demikian.


Malah sejauh mana hubungan Intan dengan rakan suaminya itu adalah terpulang kepada wanita tersebut kerana soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa.

Fuhh! penat juga kan jadi artis, semua benda peminat nak tahu. Janji Intan Ladyana kini sedang bahagia dengan kehidupan sekarang.

No comments:

Post a Comment