MESTI BACA!! WANG KERTAS NOT RM50 DAN RM100 TERSEBAR DI INTERNET, BETUL KE TULEN? | Beberapa hari kebelakangan ini, laman sosial Facebook jadi medan perkongsian foto not terbaharu bagi matawang Ringgit Malaysia bernilai RM50 dan RM100...
Melalui muat naik dan perkongsian para pengguna, foto not terbaharu itu menunjukkan nilai RM50 berwarna biru dan jingga serta memaparkan imej beberapa bangunan ikonik Malaysia seperti KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Kuala Lumpur...
Namun, ramai tertanya-tanya dan meragui kesahihan foto ini terutama bagi nilai matawang RM100 yang disaluti warna emas pada keseluruhan not...
Memetik laporan The Rakyat Post, not RM50 dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Bhd sebagai memperingati Sukan Komenwel pada 1998...
Not sah tersebut dikeluarkan lebih kepada item koleksi bagi pengumpul not matawang dan dihasilkan pada kuantiti terhad iaitu sebanyak 500,000 unit sahaja. Ia dijual pada harga RM80 bagi setiap keping...
Uniknya, not tersebut memiliki tandatangan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don...
Tak hairanlah, nilainya dikatakan telah meningkat pada harga RM500 bagi setiap helai not...
Namun demikian, not RM100 yang kini dijual melalui beberapa platform jualan dalam talian antaranya ‘www.mudah.com‘ pada harga RM35 – RM40 sekeping didapati TIDAK SAH...
Menurut sumber dipercayai, pihak BNM telah mengesahkan tak pernah mengeluarkan apa-apa not seumpama itu...
Sumber yang enggan dikenali itu menambah, tindakan memasarkan not palsu adalah melanggar undang-undang kerana ia boleh mengelirukan orang ramai...
BNM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi....
No comments:
Post a Comment