Wednesday 3 December 2014

NUHA AF2014 DIKATAKAN GILA GLAMOUR?


NUHA AF2014 DIKATAKAN GILA GLAMOUR? | Wah! Wah! pengakuan Nuha AF2014 yang gila glamor ternyata panas namun ianya hanya lah menjadi perkara biasa untuk setiap manusia. 

Tipu lah kalau orang tu tak suka dikenali dan mendapat perhatian ramai, tapi awas! pastikan yang gila glamor itu hanya untuk perkara kebaikan sahaja. 

Uniknya Nuha AF2014, sebelum ini di hanya menyanyi di pentas kendurisaudara-mara dan pertandingan nyanyian di restoran-restoran sekitar kampungnya di Manjong, Perak. 

Langkahnya menyertai AF2014 mencetuskan satu evolusi terpantas dalam kehidupannya dengan memberanikan diri menyertai uji bakat AF2014 demi mengubah nasib keluarga dan mahu membiayai yuran pembelajaran diUniversiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam. 



Menerusi temubual di kosmo: 


Keluarga saya dihimpit pelbagai masalah, terutamanya berkaitan kewangan. Jadi, saya sedar kehidupan ini tidak mudah. Saya simpan angan-angan untuk menjadi penyanyi dan menyertai uji bakat AF2014 demi mencari duit membantu keluarga. Alhamdulillah rezeki saya di sini. 

Saya memang gila glamor sejak tingkatan satu dan sentiasa mahu menjadi pelajar popular di sekolah. Jadi, saya menyertai setiap pertandingan. Menyanyi, berpidato, syarahan, taranum, marhaban, nasyid dan koir. Semuanya saya sertai! Malangnya saya disisihkan kerana menjadi pelajar terbaik dalam akademik sehingga merasakan diri terlalu sunyi dan akhirnya berkongsi masalah menerusi muzik.

No comments:

Post a Comment