Thursday 4 December 2014

PEMINAT KURANG SENANG VIDEO MANJA NORA DANISH DENGAN ANAKNYA RAYQAL


PEMINAT KURANG SENANG VIDEO MANJA NORA DANISH DENGAN ANAKNYA RAYQAL | Kasihan tak yah cakap laa. Kisah gosip Nora Danish ni makin menjadi-jadi. Ramai betul yang ambik kisah tentang pelakon kecil molek ni kan. Kadang-kadang ada bagusnya tapi kadang-kadang tu hurmmm entahlah.

Baru-baru ini kisah kurang senang tentang “Nora Danish Mendapat Komen Lucah Dari Peminat” berkaitan pakaian ketika dilantik sebagai Duta Safi Rania Gold. Lepas tu kisah juga kurang senang mengenai “Foto Nora Danish Nampak Tali Bra Kini Jadi Kritikan Netizen“.


Terbaru, isu tentang Nora bermesra dengan anaknya si Rayqal. Aikk ape hal pula dengan anak pun jadi gosip? Meh nak tahu cerita. Menerusi satu blog hiburan terkenal, kisah Nora Danish ni dikatakan dihentam pengikut laman sosialnya yang menonton video dimuatnaiknya sendiri. Pelik kan kasih sayang mak dengan anak pun disalah tafsir. Apa sebenarnya yang bermain diminda ek.


Mungkin para komentar ni sebenarnya risau takut pape yang tak baik jadi kat artis cantik ni. Tapi ayat yang dilemparkan kadang-kadang cukup-cukup buat diriku terkejut. Jom baca kat bawah ni.


Kalau korang nak tahu video ni dah lama sebenarnya. Dari awal tahun lagi tersebar tapi sehingga kini menjadi tontonan ramai dan bahan komentar ramai. Bersabarlah Nora, anggap sahaja komen-komen dan kritikan mereka sebenarnya untuk menjadikan Nora seorang yang lebih baik dan sempurna. Tak gitu korang?

No comments:

Post a Comment