Wednesday, 17 December 2014

PENJELASAN TUNKU HANIS BERKENAAN ISU 'GADUH' DENGAN LIZA ABDULLAH


PENJELASAN TUNKU HANIS BERKENAAN ISU 'GADUH'  DENGAN LIZA ABDULLAH | Semalam, beberapa blog tempatan telah menyiarkan foto menunjukkan adegan pergaduhan antara Liza Abdullah dengan Tunku Hanis di satu lokasi yang tidak diketahui. 

Kononnya, kedua-dua pelakon ini berperang besar hingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai. 

Foto tersebut secara tak langsung mengundang pelbagai komen daripada netizen termasuk kritikan negatif yang mengaitkan para artis dengan perangai buruk. 

Namun hakikatnya, ia hanyalah babak lakonan dalam sebuah drama melibatkan kedua-dua pelakon itu! 

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Tunku Hanis menerusi Murai.com yang memberitahu, dia agak terkejut dengan penyebaran foto itu. 

“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul. 

“Tak mungkin saya nak bergaduh dengan dia, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior,” katanya. 

Hai, tak pasal-pasal jadi mangsa fitnah pula.. Tak mengapalah kerana mungkinTunku Hanis dan Liza boleh berbangga kerana lakonan mereka benar-benar menjadi!

No comments:

Post a Comment