Monday 8 December 2014

PERBELANJAAN MENGARUT PARA SELEBRITI HOLLYWOOD


PERBELANJAAN MENGARUT PARA SELEBRITI HOLLYWOOD | Selebriti Hollywood sememangnya dilimpahi kekayaan yang tidak akan pernah habis untuk digunakan. Oleh kerana terlalu banyak duit dalam simpanan, kadangkala mereka berbelanja lebih tanpa tujuan. 

Ikuti rencana ini untuk mengetahui antara selebriti yang terlalu mengikut nafsu boros dalam perbelanjaan. 

Mike Tyson

Ahli tinju ini sememangnya tidak pernah lekang dari kontroversi. Semasa perkahwinannya yang pertama, dia dikatakan menghadiahi tab mandi berharga US$2 juta kepada isterinya sempena hari Krismas. 

Hadiah mahal sememangnya tidak menjanjikan kebahagiaan apabila mereka bercerai selepas hanya satu tahun melangkah ke alam perkahwinan. 

Selain itu, dia juga terkenal dengan cita rasa eksotiknya dalam pemeliharaan bintang apabila membeli tiga ekor harimau putih yang berharga US$70,000 setiap seekor untuk dijadikan haiwan pemeliharaan. 

Kos yang tinggi termasuk makanan dan jurulatih haiwan akhirnya memaksa dia untuk menjual harimau-harimau itu. 


Paris Hilton

Baru-baru ini Paris Hilton menimbulkan perdebatan hangat di internet dengan pembelian anjing peliharaan terbarunya yang berharga US$13,000. 

Anjing dari baka Pomeranian itu dikatakan antara yang paling kecil di dunia dengan ketinggian hanya empat setengah inci.

Paris sememangnya terkenal dengan pemeliharaan pelbagai jenis haiwan termasuklah arnab, sugar gilder, babi serta kuda kecil. 


Lady Gaga

Penyanyi itu dikatakan menghabiskan US$60,000 untuk membeli 27 ekor ikan Koi yang diterbangkan khas dari Jepun untuk diletakkan dalam akuarium di rumahnya. 


Beyonce

Bukan sahaja memiliki suara yang hebat, tetapi tabiat belanja penyanyi ini juga luar biasa. 

Beyonce dikatakan membeli leggings jenama Balenciaga yang bertakhtakan emas dengan harga US$100,000. Dia dilihat memakai leggings itu sewaktu persembahan Anugerah BET pada tahun 2007. 

Dia turut menghadiahkan pesawat peribadi berharga US$40 juta kepada suaminya, Jay Z sempena Hari Bapa.

No comments:

Post a Comment