Sunday, 21 December 2014

ROSYAM NOOR BENGANG ANAK GADISNYA DISURUH BUKA TUDUNG


ROSYAM NOOR BENGANG ANAK GADISNYA DISURUH BUKA TUDUNG | TIBA-TIBA kecoh di Twitter perihal pelakon popular, Rosyam Nor melahirkan perasaan bengang terhadap sebuah premis perniagaan yang meminta anak gadisnya buka tudung jika ingin bekerja di situ.

Aik, kita yang mendengarnya pun rasa keterlaluan permintaan tersebut. Lagi-lagi, melibatkan soal suruhan agama Islam yang sepatutnya diamalkan tanpa kekangan di negara ini.

Sebagai bapa, pastinya Rosyam Nor kecewa apabila mengetahui, anaknya diminta melakukan demikian.


Sepatutnya, pihak pengurusan premis berkenaan lebih peka dan berjaga-jaga bila melibatkan soal seumpama ini, apatah lagi mereka buat bisnes di negara Islam kot!

Lagipun, remaja-remaja seperti anak Rosyam datang meminta kerja semata-mata ingin belajar berdikari dan berusaha mendapatkan sedikit wang sampingan sebelum lanjutkan pelajaran.

Dah jadi camni, sedikit sebanyak boleh melunturkan semangat mereka.


Mungkin selama ini premis terlibat memang amalkan syarat tak boleh menutup aurat kalau kerja di sana, cuma tak ada yang berani buka mulut.

Tapi bila yang terkena anak artis popular, maka habislah semua orang tahu tembelang prinsip perniagaan yang tak sepatutnya diamalkan tu.

Punyalah marah Rosyam Nor kerana mungkin turut berasa hati bila agama suci dipermainkan, pelakon popular ini menyarankan peminatnya agar tidak mengunjungi premis berkenaan.

Dari segi lain, prinsip bodoh mereka ini boleh membuatkan sesetengah remaja yang mulanya teruja ingin bekerja untuk isi masa lapang dan mengumpul wang serta pengalaman terus rasa tak berkeyakinan untuk memohon kerja di tempat lain pula.

No comments:

Post a Comment