Tuesday 9 December 2014

WOW!! FAZURA DILAMAR JEJAKA DI HADAPAN IBUNYA


WOW!! FAZURA DILAMAR JEJAKA DI HADAPAN IBUNYA | Ketika sibuk promosi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia, Nur Fazura dikatakan telah dilamar oleh seorang jejaka.


Lamaran berlaku secara spontan dalam sebuah majlis sesi kareoke yang dianjurkan oleh Astro Shaw.

Jejaka yang sedang menyanyikan lagu All Of Me (John Legend) tiba-tiba melutut dan melamar Fazura.

Fazura juga secara spontan mengarahkan pemuda tersebut meminta kebenaran daripada ibunya yang turut hadir pada majlis kareoke tersebut.


Tanpa sebarang bantahan, ibu Fazura memberikan lampu hijau dan Fazura juga turut menunaikan hasrat lelaki itu dengan menerima cincin lamaran.


Namun dikatakan Fazura hanya menerima cincin itu sebagai simbolik sahaja bukannya terima sebagai lamaran betul-betul. Apatah lagi pemuda itu baru dikenalinya

Pemuda itu merupakan salah seorang peminat Fazura yang dijumpai sehari sebelum sesi karaoke tersebut ketika promosi Manisnya Cinta Di Cappadocia di Klang.


Turut berada di dalam majlis sesi karaoke yang dianjurkan Astro Shaw itu ialah keluarga Fazura, Shaheizy Sam dan pengarah Manisnya Cinta Di Cappadocia, Bernard Chauly.

No comments:

Post a Comment