Tuesday 2 December 2014

YUNA AKUI DILEMA SERTAI AJL29


YUNA AKUI DILEMA SERTAI AJL29 | Yuna merupakan penyanyi Malaysia yang semakin mencipta nama di Amerika Syarikat. Ikuti ‘Fesyen Turban Yuna‘ terkini Yuna yang menjadi ikutan ‘trend’ remaja masa kini . Terbaru Yuna melahirkan rasa dilema untuk menyertai Anugerah Juara Lagu ke-29 kerana takut tidak dapat membuat persembahan pada hari pertandingan tersebut.

Yelar kan! jadual Yuna terlalu padat sehingga menjadi dilema untuk menyertai Anugerah Juara Lagu ke-29, lebih-lebih lagi terlalu banyak komitment yang menanti di bulan Januari.



“Insha Allah saya akan cuba untuk menyertainya walaupun mempunyai komitmen lain yang telah diaturkan pihak pengurusan di sana sepanjang2015 ini. Sungguh saya dalam dilema kena fikir banyak perkara dan saya akan cuba balik juga,”

Malah bakal pengganti untuk menyanyikan lagu Lelaki di AJL29 nanti masih ditemui. Khabarnya Yuna bakal mengerjakan umrah pada 14 Disember ini.

“Tiada pengganti dan saya tak terfikir lagi ke arah itu. Saya berharap dapat balik dan membuat persembahan bersama dengan kawan-kawan finalis yang lain. Sebelum balik ke USA saya akan mengerjakan umrah pada 14 Disember iaitu selama 2 minggu saya akan berada di tanah suci”

Sebanyak 12 lagu yang layak berentap ke pentas Anugerah Juara Lagu 29 telah diumumkan. Lagu lagu tersebut adalah Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Romancinta (Mojo), Gadis Jolobu (Waris & Dato Hattan), Lelaki (Yuna), Masih Aku Cinta (Shila Amzah), Percayalah (Indah Ruhaila), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Matahari (Hafiz Suip), Gilalah (Stacy), Apa Khabar (Sona One & Joe Flizzow) dan Malaikat (Hazama).

No comments:

Post a Comment