Showing posts with label SERAM. Show all posts
Showing posts with label SERAM. Show all posts

Wednesday, 10 December 2014

MISTERI TENTANG PEMBUNUHAN ALONG SPOON AHKIRNYA TERBONGKAR JUA

MISTERI TENTANG PEMBUNUHAN ALONG SPOON AHKIRNYA TERBONGKAR JUA | Mungkin masih ramai yang belum mengetahui cerita sebenar misteri pembunuhan Along Spoon. Sedar atau tidak, sudah 12 tahun Sabi’ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua...



MISTERI TENTANG PEMBUNUHAN ALONG SPOON AHKIRNYA TERBONGKAR JUA 

Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini....

Semalam di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini bersuara “Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?”....

Tanya saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi ketika peristiwa ini berlaku...

Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk membuat research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi...

Bercerita mengenai karier, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik Malaysia...

Namun pada 25 Disember 1999 , Di kala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini...

Akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah...

Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu...

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along (gambar kecil) dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong...

Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang...

Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya’cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah...

Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah....

Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri....

Ternyata research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh....

SENARAI SEKOLAH PALING MENYERAMKAN DI MALAYSIA

SENARAI SEKOLAH PALING MENYERAMKAN DI MALAYSIA | Sekolah dan cerita hantu seram berpisah tiada. Walaupun pelajar sekolah silih berganti tetapi kisah-kisah hantu sekolah sentiasa diceritakan setiap tahun daripada satu batch kepada batch yang lain....

Disini kami senaraikan beberapa sekolah yang paling angker sekali dalam Malaysia ni. Cuba semak mana tahu nama sekolah anda juga turut tersenarai….

SENARAI SEKOLAH PALING MENYERAMKAN DI MALAYSIA

1 . Penang Free School

Merupakan sekolah tertua di Malaysia, pastinya banyak kisah-kisah yang menyeramkan disini. Tak percaya? Boleh tanya sendiri dengan bekas pelajar sekolah ini….


2. SMK Siburan, Sarawak

Terletak di bumi Kenyalang, tidak banyak maklumat yang diperoleh mengenai sekolah ini tetapi menurut sumber, cerita menakutkan yang datang daripada sekolah ini kebanyakannya benar-benar berlaku.....


3. St Michael Institution, Ipoh

Sekolah ini juga dilaporkan sangat keras, atas banyak faktor.. kami bimbang ramai yang tidak dapat tidur lena kalau diceritakan kisahnya....


4. Sekolah Menengah Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur

Kuala Lumpur yang dahulu sangat berbeza dengan apa yang anda lihat sekarang. Kalau berani anda boleh cuba bermalam selama dua atau tiga hari di VI dan kami pasti anda tahu...


5. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak

Rasanya ramai yang kenal sekolah ni kerana kejayaannya melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negara. Tetapi jangan dilupakan bahagian seramnya tetap ada... Awas....

Ada lagi tak sekolah yang lebih menyeramkan di Malaysia selain 5 sekolah yang kami senaraikan di atas????

Saturday, 6 December 2014

KISAH BENAR: HJ LOKMAN DEDAH PENGALAMAN 'MEMBERSIHKAN' JIN DI KAWASAN AYAH PIN


KISAH BENAR: HJ LOKMAN DEDAH PENGALAMAN 'MEMBERSIHKAN' JIN DI KAWASAN AYAH PIN | Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…

Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah PinRamai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman

Friday, 5 December 2014

PERUBAHAN WAJAH PELAKON HONG KONG YANG MENGERIKAN (10 GAMBAR)


PERUBAHAN WAJAH PELAKON HONG KONG YANG MENGERIKAN (10 GAMBAR)
 | Xue Lizhun ialah seorang pelakon Hong Kong dekad 80an. Beliau pernah berlakon filem A Chinese Ghost Story tetapi kareer beliau tidak tahan lama. Beliau pada asalnya memang cantik tetapi apabila sudah meningkat usia mula berjinak-jinak dengan pembedahan plastik. Hasilnya ialah muka beliau yang not bad kini kelihatan seperti karikatur Joker. What the hell?


Thursday, 4 December 2014

KISAH SEBELUM KETUA KUMPULAN AL-MAUNAH KE TALI GANTUNG, KISAH INI BENAR-BENAR AKAN MEMBUATKAN ANDA TERDIAM SEBENTAR


KISAH SEBELUM KETUA KUMPULAN AL-MAUNAH KE TALI GANTUNG, KISAH INI BENAR-BENAR AKAN MEMBUATKAN ANDA TERDIAM SEBENTAR | Amin iaitu ketua kumpulan Al-Ma’unah yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang di-Pertuan Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. Mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung..

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hamba nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. -Wallahua’lam

Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.

Wednesday, 3 December 2014

JAMBATAN BUNIAN DI PORT DICKSON DITEMUI

JAMBATAN BUNIAN DI PORT DICKSON DITEMUI | Anda pernah dengar atau tidak mengenai cerita jambatan orang bunian yang dibina di lebuhraya menuju ke Port Dickson? Ia bukannya cerita tahyul tapi ini buktinya.


JAMBATAN BUNIAN DI PORT DICKSON DITEMUI

Jambatan ini dikatakan dibina untuk laluan orang bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintas di tengah-tengah lebuhraya.

Sesungguhnya jambatan yang dibina itu bukanlah untuk bunian.

Jjangan mudah terpengaruh dengan filem atau cerita merepek. Bunian tidak perlu pun jambatan untuk melintas.

Jambatan tersebut dibina untuk haiwan melintas dan kebanyakan negara di dunia sudah lama mengaplikasikan teknik ini bagi mengelakkan kemalangan.




Sunday, 16 November 2014

PENGALAMAN MISTERI SEORANG PEMUDA DI JALAN KARAK LAMA

PENGALAMAN MISTERI SEORANG PEMUDA DI JALAN KARAK LAMA | Kisah Misteri ini dikongsikan daripada takmungkinbenar.com. Ianya berkisahkan kejadian misteri seorang pemuda yang melalui kawasan Karak mengikuti jalan lama pada waktu malam. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar. Baca kisah misteri dibawah.


PENGALAMAN MISTERI SEORANG PEMUDA DI JALAN KARAK LAMA

Kisah ini berlalu sebulan sebelum bulan puasa tahun 2009. Rakan seuniversiti saya ketika itu yang bernama Azroy pulang ke kampung sebab cuti semester UIAM baru bermula. Dia menaiki motosikal melintasi jalan lama karak untuk ke Temerloh. Waktu tu pukul 8 malam, bila lalu hampir keluar dari daerah karak tu motor die tetibe je abis minyak padahal memang dia dah isi penuh minyak di Shell Gombak tadi.

Maka terpaksa la si Azroy ni menolak motor dia melalui jalan yang sunyi ni kiri kanan semuanya hutan jauh lagi baru jumpa rumah orang berdekatan. Dalam hati memang lah takut, macam-macam surah dibacanya. Dalam masa kurang dari 5 minit muncul seorang lelaki tua dari tepi jalan tu. Dia menggelarkan diri sebgaia pakcik Samad. Memang terkejut Azroy namun nak tak nak kena berani kan diri jugak menceritakan apa yang berlaku kepada orang tua tu. Manalah tahu orang tua tu boleh bantu dia untuk dapatkan petrol.

Kemudian orang tua tu ajak Azroy turun ke rumahnya yang tak jauh dari tempat tu. Hanya bersebelahan jalan raya dan menuruni sedikit ke bawah dari tepi jalan. Azroy memang dah sangka yang orang tua tu memang boleh tolong dia so rasa takut tu dah hilang sikit. Rase pelik jugak Azroy sebab dah biasa lalu kat situ tapi tak de pula die perasan ada rumah dekat situ. Mungkin hari malam memang dia tak perasan lagipun kawasan tu memang agak tebal hutannya dan jauh dari rumah orang kebanyakan.

Dia nampak orang tua tu mengambil sebekas besen dan menuangkan ke dalam tangki minyak motor Azroy dan orang tua tu kata selagi meter minyak belum turun, jangan buka tangki minyak tu. Azroy pelik tapi dia angguk-angguk aje la. Kemudian orang tua tu ajak die minum kopi dan makan ubi rebus. Sebelum balik dan ucap terima ksih kepada orang tua tu, dia diberi beberapa ubi kayu oleh orang tua tu dan terus meneruskan perjalanan balik ke kampong dia kat Temerloh.

Lepas je beberapa hari berjalan naik motor tu, memang Azroy rase pelik bila tengok tangki minyak dia memang tak pernah turun-turun walaupun dah pusing jalan naik motor berpuluh kilometer. Sedikit pun meter tak berganjak. Rasa pelik memang menusuk sanubari dia. Cewah ayat jiwang pulak. Tapi ni memang cite betul la. Lepas tu Azroy nak pergi lagi sekali ke rumah orang tua tu sebab nak bagi buah tangan dan ucap terima kasih pada orang tua tu. Sampai ke tempat die habis minyak aritu, dia cuba cari tempat die jumpa orang tua tu dan rumahnya.

Azroy memang pasti rumahnya ada dekta sekitar tu tapi yang ada cuma semak samun. Tak lama lepas tu lalu la penoreh getah tegur Azroy dan dia tanya mana rumah orang tua yang bernama Samad tu. Penoreh getah tu rase pelik dan cakap pakcik Samad tu dah lama meninggal dunia rumahnya pun dah lama diruntuhkan sebab anak-anaknya dan isterinya dah pindah ke Melaka. Lepas tu Azroy pun terus pergi dari situ sebab dia rasa tak sedap hati. Takkanlah pakcik Samad yang dia jumpa dulu tu hantu sebab memang masa dia jumpa tu de apa-apa yang pelik berlaku siap minum2 kopi dan makan ubi rebus dengan pakcik Samad tu. Dan ubi yang pakcik tu bagi mak Azroy boleh buat pengat ubi lagi.

Kemudian die teringat tentang tangki minyak yang pakcik Samad isi yang masih belum luak lagi. Terus je Azroy buka dan terkejut die sebaik aje dibuka tangki tu kering kontang kering berasap seolah dah lama tak diisi petrol. Agaknya selagi Azroy tak buka tangki tu memang ia akan sentiasa berisi.

Agaknya siapakah pakcik Samad yang kawan saya ni temui?? Persoalan ni akan berlegar kat otak semua orang yang mendengar cerita ni.

Wednesday, 12 November 2014

TRAILER FILEM SERAM VILLA NABILA



TRAILER FILEM SERAM VILLA NABILA | Villa Nabila, rumah berhantu yang menjadi topik hangat sekitar awal tahun ini direka berdasarkan pengalaman pekerja kontraktor ketika merobohkan rumah berkenaan.

5 bintang untuk trailer yang amat menyeramkan!



Sure the subject matter and the genre is overdone tetapi gaya trailer ini menerapkan elemen rela dan fiksyen kami rasakan menarik. Based on the recent cerita "budak kena culik" di Villa Nabila Johor.

Monday, 10 November 2014

KISAH SERAM LEBUHRAYA SALAK


Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 10:30 malam, Safar segera menulis nota-nota terakhirnya di papan hitam seraya berkata, “Ok kelas cukup sampai topik ini sahaja hari ini. Kita sambung chapter seterusnya hari Khamis nanti”.

Ucapan itu seolah-olah satu mentera yang menaikkan semangat pelajarnya yang sedang dari tadi sibuk menyalin di dalam buku nota masing-masing. “Thank You Sir” ucap 34 pelajar di dalam kelas tersebut serentak. Bilik kuliah yang dari tadi sunyi sepi mula riuh. Safar dengan cepat mencapai semua barang-barang diatas mejanya dan disumbatkan kedalam beg galas yang sudah lusuh.


Dalam keadaan kelas yang riuh rendah, Safar menuju ke arah pintu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, “On Thursday, jangan lupa bawa sekali Company Law Act, kita nak study sikit case law” Kata-kata Safar seolah-olah tenggelam di dalam keriuhan kelas, hanya beberapa pelajar yang mengangguk tanda faham apa yang diperkatakannya. Safar meneruskan perjalanan keluar dari bilik kuliah. Terus ke tempat letak kenderaan staf yang jaraknya lebih kurang 50 meter dari bilik tersebut. Hanya ada beberapa kenderaan sahaja yang tinggal. 


Angin malam yang nyaman menyegarkan Safar yang sudah sedikit mengantuk. Diseluknya poket jeans lusuhnya dan mengeluarkan sejambak kunci. Jari-jemarinya pantas mencari anak kunci motorsikalnya. Setelah kunci yang betul dijumpai, Safar segera menghidupkan motorsikal berkuasa 100cc yang sedari tadi kaku dihadapannya. Sungguhpun berenjin kecil, deruman enjin motorsikal Safar mampu memecahkan keheningan suasana. 


Safar memulas pendikit dan motorsikalnya meluncur menuju ke pintu keluar kolej. Dari jauh, sayup kedengaran para pelajar kelasnya bergerak menuju ke hostel pelajar. Setelah sampai ke jalan besar, Safar memulas lagi pendikit motorsikalnya, kali ini motorsikal kecil itu meluncur laju. Jika dilihat dari arah belakang, seolah-olah motorsikal kecil itu membelah kepekatan malam yang sejuk itu. Beginilah kehidupan seorang pensyarah separuh masa di kolej swasta, bayaran tidak seberapa tetapi peluang ini sahaja yang ada untuk seorang graduan baru sepertinya. 


Namun Safar bersyukur dan gembira dengan pekerjaannya di kolej kecil itu. Safar hanya perlu mengajar tiga kali dalam seminggu untuk kelas waktu malam. Tidak pernah sekalipun dia merungut tentang beban kerja, cumanya yang membuat Safar sedikit keberatan adalah masa perjalanan pulang dari kelas. Kelas yang bermula pada pukul 7:30 malam dan berakhir pada pukul 10:30 malam sememangnya menyusahkan. Apatah lagi dengan menaiki motorsikal kecil dari Salak Tinggi ke rumahnya di Shah Alam. 



Keadaan lebuh raya pada malam itu agak berbeza dari malam-malam sebelumnya. Ini kerana kenderaan yang lalu adalah amat sedikit berbanding malam-malam lain. Perjalanan jauh itu cukup untuk membuat perasaan seorang penunggang motorsikal untuk dibuai dengan angan-angan. Keadaan lebuh raya yang lurus itu membolehkan dia hanyut di dalam pemikirannya sendiri. Tiba-tiba motorsikal yang dinaiki olehnya seolah-olah semput dan tersekat-sekat. Safar yang dari tadi sedikit mengelamun tersentak dengan keadaan itu. Mata Safar melilau mencari tempat untuk berhenti, dia bersyukur apabila terlihat tidak kurang 30 meter, terdapat sebuah tempat berteduh untuk motorsikal. Safar segera menuju ke tempat tersebut. 


Setelah sampai, Safar segera turun dan menongkat motorsikalnya. Dibelek-belek kenderaanya itu dengan penuh tanda tanya. Kawasan teduhan di tepi lebuh raya itu hanya disinari dengan satu lampu jalan yang amat malap. Namun Safar dengan jelas dapat melihat motornya dan juga keadaan sekeliling. Pelik juga, biasanya masa seperti ini sudah tentu banyak kenderaan yang lalu lalang. Tetapi tidak pada malam ini. Hanya kendengaran bunyi motorsikalnya yang menderam. 


Sekejap perlahan, sekejap kuat. Safar bingung dengan keadaan tersebut. Dengan tidak semena-mena Safar terdengan satu bunyi dentingan loceng yang amat kuat. Ia diikuti dengan ngiauan seekor kucing yang kesakitan. Bingkas Safar menoleh kearah bunyi tersebut, Safar dapat melihat seekor kucing yang menggelitik kesakitan betul- betul dibahu jalan. Safar segera berlari kearah kucing tersebut dan mendapati satu kesan luka yang amat besar di leher kucing itu. Safar hanya mampu melihat penderitaan kucing tersebut yang berakhir dalam beberapa minit sahaja. 


Kucing yang sedari tadi menggelitik sakit telah diam dan kaku. Hanya bunyi enjin motorsikalnya yang masih lagi menjadi peneman di kawasan teduhan tersebut. Kerana kasihan melihat bangkai kucing itu dibahu jalan, Safar mengambil keputusan untuk mengangkat kucing itu dan meletakkannya kedalam sebuah lubang tanah yang telah sedia ada disitu. Disepaknya tanah-tanah halus agar menutupi lubang. “Macam mana pula kucing ni boleh mati? Tak ada kereta langgar, tak nampak pula bunyi anjing. Macam mana tiba-tiba ada luka besar di leher kucing tu?” detik hati Safar. 


Perasaan seram mula menyelubungi dirinya, tiba-tiba satu teriakan yang amat kuat diikuti dengan suara tangisan yang amat menyeramkan memecah kesunyian malam. Safar segera melompat naik keatas motorsikalnya. Dipicit pendikit sehabis mungkin. Ditendangnya penghidup enjin semahu-mahunya. Motorsikal Safar sekali lagi meluncur keatas lebuh raya. Mula-mulanya tersekat, tetapi setelah beberapa ketika ia lancar semula. Safar masih lagi bernafas kencang, peluh sejuk membasahi dahinya. Apakah bunyi yang didengarinya tadi? Manusia kah? Binatang kah? Hati Safar lega apabila memasuki kawasan yang terang benderang di lebuh raya tersebut.


Setelah melepasi satu susur keluar, kereta sudah mulai banyak, dan terdapat juga beberapa motorsikal yang di hadapannya. Sekali lagi Safar dikejutkan dengan satu bunyi hon motorsikal yang kuat. Safar menoleh ke cermin pandang belakang dan melihat sebuah motorsikal berkuasa besar dibelakangnya. Motorsikal tersebut tidak memotongnya tetapi terus membunyikan hon berulang kali. Sekali lagi perasaan seram menjengah di hati Safar. Motorsikal berkuasa tinggi itu terus memecut dan memotong Safar. Semasa menoleh kearah motorsikal tersebut, barulah Safar perasan ada rambut yang menjurai dibahunya. Safar tidak berani mendongak keatas kerana khuatir apa yang bakal dilihat. 


Dia hanya mampu untuk pandang ke depan dan berharap apa sahaja yang berada diatas kepalanya akan hilang sebentar lagi. Kerana terlalu takut, mulut Safar seolah-olah terkunci untuk membaca apa-apa ayat Suci Al-Quran. Pendikit motorsikalnya dipulas dengan lebih kuat. Harapannya untuk sampai terus ke Bandaraya Shah Alam dengan segera. Akhirnya Safar hampir sampai di susur keluar Shah Alam, apabila memasuki jalan motor, topi keledar yang dipakai oleh Safar diketuk dengan kuat sehingga menyebabkan Safar hampir terjatuh. Namun Safar tetapkan tekad untuk terus sampai ke rumah. Dipulasnya pendikit beberapa kali untuk melajukan motorsikalnya. 


Sehinggalah sampai ke satu simpang sunyi selepas plaza tol di Shah Alam Safar memberhentikan motorsikalnya. Safar yang sudah keletihan dengan apa yang berlaku telah menjadi marah. “Apa nak jadi pun jadilah” Safar berkata kepada dirinya sendiri seraya mendongak keatas. Hatinya lega kerana sangkaannya meleset. Tiada apa yang ada diatas kepalanya, hanyalah langit gelap tidak berbintang. Sekali lagi keadaan sunyi menyeliputi malam. Tiada kenderaan di sekitarnya, hanya lampu-lampu malap yang menerangi jalan menjadi saksi kaku akan gelagatnya. 


Safar melihat jam tangannya, sudahpun pukul 12:00 malam. Sekali lagi Safar memulas pendikit motorsikalnya, dan meluncur kembali ke jalan raya. Tiba-tiba, sesusuk tubuh wanita berpakaian putih muncul dihadapan motorsikal Safar. Safar cuba mengelak tetapi motorsikalnnya gagal dikawal. Safar jatuh berguling dan akhirnya terlentang dibahu jalan. Dia cuba untuk bangun tetapi gagal. Seluruh tubuh badannya seolah-oleh kebas dan tidak bermaya. 


Darah pekat mengalir dari dalam topi keledar terus membasahi bajunya. Dalam samar-samar Safar dapat melihat tubuh seorang wanita tua yang berjalan terjengket-jengket menghampirinya. Walaupun samar-samar, jelas kelihatan rambut wanita tua itu yang panjang mengurai sehingga keparas pinggang. Safar hanya mampu mengerang kesakitan. 


Tiada satu kenderaan pun yang lalu di kawasan tersebut. Wanita tua itu pula semakin lama semakin hampir. Bau busuk seakan-akan muncul serta merta dengan kehadiran wanita tua itu disisi Safar. Safar yang sedang terbaring hanya mampu berdoa di dalam hati agar dirinya tidak diapa-apakan. Wanita tua itu dengan kasar merentap topi keledar Safar hingga tertanggal, dia kemudian mendekatkan mukanya kepada Safar. 


Dengan suara yang amat garau dan menyeramkan dia berkata: “Kenapa kau ambil makanan aku? Kau timbus pula. Sekarang kau jadi galang gantinya” Tiada siapa yang dapat mendengar jeritan Safar pada malam itu. Tiada siapa yang dapat melihat kengerian yang berlaku keatas seorang anak muda yang tidak berdosa. Apa yang pasti, seorang lagi insan telah menjadi mangsa kepada malam yang penuh dengan misteri dan rahsia. 

DI GANGGU PENUNGGU HOTEL


Kisah seram yg akan di paparkan ini berlaku di sebuah hotel, ianya terjadi pada salah seorang pekerja "housekeeping" di hotel tersebut. 

Kejadian ini berlaku sewaktu Hadi bekerja pada shiff malam. Hadi yang di tugaskan menghantar barang- barang keperluan untuk tetamu yang menginap di bilik hotel tersebut ,hanya bertugas seorang diri pada malam itu. Kebetulan pula supervisor yg sama shiff dengan Hadi ketika itu telah mengambil cuti sakit. Terpaksalah dia yang menjalankan segala urusan pada malam tersebut.


Bunyi deringan telefon yang tidak putus-putus di bilik department housekeeping itu memecah kesunyian malam. Hadi dengan penuh sabar menjawab semua panggilan tersebut, Walaupun dia seakan merasa serba tidak kena pada malam itu, Akan tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai pekerja yang berdidikasi. Mungkin sebab kerana itulah jugalah dia sering mendapat kepujian dan anugerah pekerja terbaik selama 3 tahun berturut-turut.


Jam yang di pakai oleh Hadi sudah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Bermakna hanya setengah jam saja lagi waktu kerjanya akan berakhir. Dia yang sedang berdiri di balkoni luar Office tingkat 4 itu khayal melihat permandangan ke arah theme park yang menempatkan kolam mandi serta bermacam permainan khas buat pelanggan-pelanggan yang menginap di hotel tersebut. Terlihat beberapa pekerja sedang sibuk mengemas kawasan theme park yg beroperasi sedari pagi tadi. 


Suasana ketika itu terlalu sunyi, mungkin kerana tetamu sudah mula masuk ke dalam bilik masing-masing untuk merehatkan diri. Hadi yang masih berkhayal itu tiba-tiba tersentak apabila bunyi telefo berdering kuat dari dalam office. Dia terus masuk dan menjawab panggilan itu. Ganggang telefon di lekapkan pada telinganya. Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan sedang menangis, Hadi berasa pelik, dan tertanya-tanya, mengapa tetamu itu menangis. Di skrin telefon pula terpapar nombor bilik pemanggil. 

Setelah pertanyaan demi pertanyaan Hadi lontarkan pada tetamu itu hanya di jawab dengan esak tangis berterusan. Hadi, tanpa berfikir panjang terus keluar menuju ke bilik tetamu yang agak jauh dari office nya. Fikir Hadi, mungkin tetamu itu berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan darinya.


Entah kenapa jantung Hadi berdegup kencang, kini dia telah tiba di hadapan pintu bilik yg bernombor 3318 itu, dia yant terlalu risau terus menekan loceng bilik tersebut berkali-kali, tapi malangnya tiada jawapan yang di berikan, dadanya mula berdebar-debar memikirkan apa yg berlaku di dalam bilik tersebut sehingga membuatkan tetamu itu menangis. Setelah puas dia memanggil dan langsung tiada jawapan yang di terima, dengan segera hadi menyeluk koceknya mengambil master key yang sememangnya di bawa kemana saja dalam waktu kerja pada malam itu.

Hadi nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun tindakannya itu salah kerana dia boleh di tuduh menceroboh bilik tetamu.. tapi semua itu tidak penting baginya, niatnya hanya ingin membantu.




Pintu bilik dibuka perlahan, suasana di dalam bilik gelap gelita, seakan tiada tetamu yang menyewa bilik itu, Hadi memetik suis lampu, perlahan-lahan dia melangkah masuk sambil meninjau-ninjau keadaan dalam bilik itu, sah!! memang tiada siapa.. bilik tersebut masih dalam keadaan kemas. Hadi seperti tidak percaya, hatinya tertanya-tanya siapakah pemanggil misteri tadi?? 

Bulu roma Hadi sudah mula meremang, fikirannya sudah mula menangkap apa yang berlaku sebenarnya, cerita-cerita seram yang di sampaikan oleh rakan-rakannya mula berlegar-legar di fikiran Hadi. Barulah dia teringat, bilik dimana dia berada sekarang ini pernah digelar bilik berhantu oleh rakan-rakannya.. mereka sering terdengar suara orang memita tolong dari arah bilik ini, dan ramai tetamu yg menginap di bilik ini sering diganggu dengan bunyi barang di baling dengan kuat. 


Tiba-tiba Hadi tersentak!! Dia terkejut apabila merasakan seolah-olah telinganya di hembus dengan nafas yg kuat.. serta merta badannya mengigil dan perasaan takut menyelubungi dirinya, tanpa berlengah Hadi terus berlari ke arah pintu, di pulas-pulas tombol pintu itu tapi malangnya pintu tersebut tidak boleh di buka, serentak itu jelas kedengaran di telinga hadi suara seseorang sedang menangis dan hadi terus menoleh ke belakang.


Alangkah terkejutnya Hadi apabila mendapati susuk tubuh di balut kain kafan yg lusuh di tambah dengan wajah yang cukup menyeramkan sedang berdiri beberapa meter sahaja di hadapannya, dan kini lembaga itu semakin menghampiri Hadi. 

Tubuh Hadi menjadi kaku tidak bergerak, kakinya seperti di gam pada lantai. Kini wajah lembaga itu betul-betul dihadapannya, bau hanyir menusuk hidung Hadi, jelas kelihatan ulat-ulat memenuhi wajah lembaga itu. Amat mengerikan di tambah lagi ketika lembaga itu menyeringai seolah-olah mahu menerkamnya, dia yang sudah ketakutan terus menjerit-jerit seperti orang di rasuk histeria, dan Hadi terus rebah di tepi pintu bilik tersebut. 

Tepat pukul 12 malam, Pak Kasim yang bertugas sebagai pakcik guard memulakan tugasnya meronda kawasan hotel, setiba di blok 3 Pak Kasim terpandang pada satu pintu bilik yang terbuka luas, dan bilik tersebut terang menderang dengan limpahan cahaya lampu. Pak Kasim yang berasa pelik dan curiga terus menuju ke bilik tersebut.

Terkejut Pak Kasim bila mendapati Hadi terbaring di sisi pintu bilik yg terbuka luas itu. Sekali lagi Pak Kasim terkejut bila mendapati, terdapat tanah bertaburan di atas lantai bilik tersebut, dan bau yang meloyakan tekaknya.

Keesokan harinya, seluruh pekerja hotel kecoh dengan kejadian yg menimpa Hadi. Sehingga memaksa pihak hotel membuat siasatan terhadap insiden yg menimpa Hadi pada malam itu. Bilik 3318 itu pula di tutup serta merta supaya tidak di sewakan kepada tetamu buat sementara waktu.

Berita penutupan bilik tersebut menyebabkan semua pekerja berasa pelik dengan tindakan itu, pelbagai andaian di buat oleh semua pekerja di situ, akan tetapi pihak atasan hanya mendiamkan diri dan merahsiakannya sehingga kini.

Selepas kejadian itu Hadi demam selama seminggu, pengalaman itu menjadi kenangan pahit yang tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya. Akan tetapi Hadi tetap meneruskan kerjanya di hotel tersebut, dia kini telah di naikkan pangkat menjadi supervisor department housekeeping. Setiap kali dia melalui bilik 3318, hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu masih lagi di tutup. Misteri bilik 3318 itu hanya terus tinggal misteri sehingga kini dan mungkin sehingga ia di buka semula untuk tetamu baru.

MISTERI NENEK MERBOK



MISTERI NENEK MERBOK | “APAI, nanti lepas menelaah, jangan tutup lampu ya? Aku takut nenek merbok datang.. pergh.. seramnya! Selamat malam Apai, jangan tidur lewat sangat” kata Mail padaku. “Kecohlah kamu ni Mail! Asyik nak perli aku saja, yelah, habis lagi dua buah komik ni aku tidurlah!!” fuh, geram sungguh!

Mail ini sengaja memerli aku. Sebenarnya memang aku tidak menelaah buku, aku sedang menghabiskan sisa-sisa pembacaan komik penjelajahan ninja yang aku pinjam daripada budak bilik dorm sebelah. Aku ini kalau bab pinjam meminjam memang suka. Maklumlah, budak-budak sekolah, mana ada wang lebih nak berbelanja yang bukan-bukan. Mak dan abah beri wang saku, tapi hanya cukup makan, top-up telefon bimbit, dan tambang pulang ke rumah pada waktu cuti sekolah hujung minggu.


Ding!


Jam di dinding sudah menunjukkan jam 1.00 pagi. Sehelai demi sehelai muka surat aku selak. Seronok betul, keadaan sangat sunyi dalam bilik dorm aku. Teman-teman sebilik aku masing-masing sudah hanyut dibuai mimpi. Tiada gangguan langsung! Kalau tidak, masa ini masih rancak dengan pillow talk, main daun terup sambil makan biskut kawan-kawan, main karom, main gitar dan macam-macam aktiviti lain yang sudah pasti tak ada kaitan dengan pelajaran. Ini semua gara-gara pelajar senior yang bercerita tentang kisah nenek merbok kepada kami tempohari.



Menurut senior yang bercerita kepada kami, sekiranya ada di antara putera-putera mahupun puteri-puteri yang masih tak tidur sehingga lewat pagi, nenek merbok akan datang masuk ke bilik dorm dan mengganggu dengan menegur setiap orang yang masih belum tidur lagi. Kemudian, nenek merbok akan ketawa terkekek-kekek, macam burung merbok juga. Menurut senior, kepada senior, kepada senior yang entah kumpulan senior ke berapa.

Kah! Kah! Kah! Sungguh kelakar terkenangkan cerita senior aku tempohari. Adakah patut nak takutkan pelajar-pelajar junior dengan cara begitu? Sudahlah namanya nenek merbok, tak komersil langsung! Ketawa mengekek macam burung merbok? Burung mana pandai ketawa!


Kah! Kah! Kah!

Aku terus menyambung pembacaanku di atas katil sehingga ke helaian mukasurat yang terakhir. Selepas menyusun kembali komik-komik di atas meja, aku kembali ke katil semula.


Ding! Dong!


Jam di dinding sudah menunjukkan jam 2.00 pagi. Mataku masih belum mengantuk. Aku tak biasa lelapkan mata dengan keadaan terang begini. Lalu aku bangkit dengan malas sekali menuju ke suis lampu yang terletak di dinding sebelah pintu masuk bilik dorm ini.


“Ha, barulah boleh tidur macam ni. Apalah kau ni Mail, badan saja besar macam badak, tapi pengecut macam tikus! Dengan nenek merbok pun takut” sempat aku mengusik Mail walaupun aku tahu dia sudah berdengkur dan berselubung dalam selimut. Begitu juga dengan yang lain-lain. Masing-masing sudah lena dibuai mimpi, hanya aku seorang diri yang masih belum lena.


Keadaan bilik yang terang benderang tadi sudah bertukar gelap gelita. Aku bergolek ke kiri, ke kanan. Malangnya aku masih belum mengantuk. Ahh, apa aku nak buat ni? Rakan-rakan yang lain sudah berlayar jauh dalam tidur mereka. Aku pula masih mencari kayu untuk bina bahtera. Tiba-tiba aku teringat kisah nenek merbok. Kenapa agaknya cerita dongeng sedemikian yang mereka jaja untuk menakut-nakutkan pelajar junior ya? Tiba-tiba terdetik dalam hatiku, apakata jika kisah nenek merbok yang menjadi bualan sepanjang seminggu ini adalah kisah benar?


Bulu romaku tiba-tiba meremang. Tenang Apai, jiwa kau kental. Kau kalis cerita seram sebegini. Mana mungkin kisah nenek merbok itu kisah benar? Aku memujuk diri agar bertenang. Apai anak jantan!


Ding! Dong! Ding!


Jam di dinding sudah berbunyi lagi! Kali ini jam sudah.


Ehem! Ehem!


Tiba-tiba aku terdengar suara berdehem dari suatu sudut di dinding membelakangkan kepala katil. Aku tersentak. Kaki aku sudah mula menggigil-gigil. Aku mahu toleh ke belakang dan mengintai, siapakah kelibat yang batuk di belakang? Tiba-tiba suara itu senyap dan mengekek ketawa.


Ekekekekeke..!!


Aduh! Kali ini aku betul-betul sudah ketakutan, mungkinkah ini suara…“Satu…!! katil satu dah tidur.. Dua..!! katil dua dah tidur…” Oh! tidak..!! tiba-tiba kedengaran suara dari sudut dinding tadi bersuara pula! Jangan-jangan ini adalah suara…


“Tiga…!! Eh? Katil tiga tak tidur lagi..?Kenapa katil tiga tak tidur lagi?? Ekekekekekeke!!” Ya, inilah suara nenek merbok!! Makin lama makin kuat kedengaran kekekan nenek merbok!


Ekekekekekeke! Ekekekek!


Tidak! Aku terus tekapkan bantal pada mukaku. Tetapi makin lama, suara nenek merbok makin kuat terkekek-kekek ketawa!


“ Katil tiga..? tak tidur lagi..?? ekekekekeke…”

Jantung aku berdegup laju.. aku paksa tutup mata. Debaran dadaku makin lama makin kuat, makin lama jantungku seakan bunyi deram. kuatnya sehingga aku sendiri menahan dada. Aku takut nenek merbok tahu aku masih tak tidur lagi. Kalau nenek dengar debaran jantung aku habislah! jam 3.00 pagi. Sayup-sayup kedengaran bunyi ayam berkokok. Arghhh! Mataku masih belum tertutup! Aku masih belum mengantuk.



Mana tak mengantuk, pulang dari padang selepas bermain bola sepak petang tadi aku terus tidur. Nasib aku baik pula hari ini warden asrama kami tidak meronda bilik ke bilik. Itu yang menyebabkan aku terlena sampai terlepas waktu isyak.

Sedang aku bermonolog sendirian, tiba-tiba angin bertiup agak kuat dari luar. Sejuk, aku terus menarik kembali selimut. Tiba-tiba, aku terdengar sesuatu sedang terbang kearah tingkap. Apa yang aku pasti ‘sesuatu’ yang terbang tadi adalah burung.


Kepala aku mula berlegar-legar dengan persoalan. Burung apa yang terbang pagi-pagi begini? Tiba-tiba, angin bertiup kuat semula. Kali ini aku sudah mula rasa seram sejuk. Bulu roma tak usah cakaplah, memang dari tadi sudah meremang. 


Dug! Dug! Dug! DUG! DUG!DUG!


Tolong la nenek! Aku dah tidur! Janganlah datang…


EEEkekekekek!! Ekekekeke… suara nenek merbok ketawa makin lama makin kuat! makin dekat dengan telingaku.. sudah.. apa pula nak jadi lepas ni? Tolong…


“Tolong! Jangan ganggu aku! Tolong! Tolong! Mail, tolong! Ampunkan cucu nek! Ampun!! AMPUN!!”


SWOOSSH....... !!! Kah! Kah! Kah! Kah!

Tiba-tiba badanku terasa seperti disimbah air. Apa lagi, melompatlah aku dari katil. habis basah lencun badan aku. Tiba-tiba di depanku berdiri seseorang, bukan seorang nenek tua. Tetapi orang yang aku gerunkan selama ini. Cikgu Shukor, warden Asrama kami. Siap berkopiah dan berkain pelikat. Sebelah kanan tangannya memegang baldi manakala sebelah kiri tangannya memegang rotan panjang.


Di sekeliling katil pula penuh dengan kawan-kawan seasrama. Masing-masing seperti baru balik dari surau. Memandangku sambil ketawa berdekah-dekah!


Ah sudah! Aku lihat seluruh tubuhku, masih memakai baju sukan. Sah aku mengigau lagi.“Kamu panggil saya nenek? Wah, bukan main lagi kamu ya? Sudahlah tidur petang, melangkau pula waktu maghrib dan isyak, kemudian panggil saya nenek pula! Lekas, hulur punggung kamu.”


Piap! Piap! Piap!

MISTERI MANUSIA BOLEH LIHAT BUNIAN



MISTERI MANUSIA BOLEH LIHAT BUNIAN | Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.

Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.

“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.
Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.

“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.
Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.

“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.

“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.

Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.

Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.
“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.
“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.



Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.
“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.

“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.

Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.
“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.
“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.

Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.


FAKTA

- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.

- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. 

- Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

- Kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

[Dari tulisan asal oleh Nasron Sira Rahim]