Thursday 30 October 2014

ANAK JANTAN: FARID KAMIL PEGANG BAHU NORA DANISH


ANAK JANTAN: FARID KAMIL PEGANG BAHU NORA DANISH | Kami rasa tentu anda masih belum lupa isu Diana Danielle yang dikatakan cemburu buta apabila melihat foto Nora Danish memegang tangan suaminya tidak lama dulu.

Tapi, sampai sekarang, Diana nampaknya mengambil langkah untuk menutup mulut mengenai isu ini. Ada yang cakap ia sengaja dilakukan untuk mempromosi filem tersebut.

Namun, foto yang dimuat naik oleh Nora sebentar tadi mengundang pertanyaan di hati kami. Tak marah ke Diana bila tengok foto suaminya sentuh bahu Nora ni?


Rupa-rupanya bukan kami sahaja yang curious, tetapi ada juga peminatnya yang mengingatkan Farid untuk tidak menyentuh Nora bagi mengelakkan Diana cemburu.

Lagipun, baru-baru ini kami ada terbaca kenyataan Nora dalam sebuah portal hiburan yang mengatakan bahawa dia mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak ada sebarang sentuhan yang berlaku antaranya dan Farid Kamil dalam filem terbaru mereka, Anak Jantan.


Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Nora dilihat telah memadam komen tersebut dan menegaskan bahawa dia akan mem’block‘ sebarang komen berunsur negatif.

Hurm.. Kami rasa mungkin kali ini Diana pun tidak akan cepat melatah dan bersikap lebih profesional. Dah nama pun pelakon, semua yang dilakukan mestilah ‘propa‘ semata-mata kan?

No comments:

Post a Comment