
DELIMAWATI KEMBALI DENGAN 'ROMBONGAN CIK KIAH'
DELIMAWATI KEMBALI DENGAN 'ROMBONGAN CIK KIAH' | 16 tahun yang lalu, watak Cik Kiah yang dilakonkan oleh Delimawati dalam drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel telah mencuit hati semua penonton.
Kini Delimawati kembali semula dengan membawa watak yang sama untuk filem Televisyen “Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya”.
“Saya merasakan watak Cik Kiah membuatkan nama saya dikenali dan watak itu juga masih kekal dalam ingatan peminat yang menonton Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel dulu. Disebabkan watak itu juga, karier lakonan saya turut berkembang,” katanya kepada Murai.com.my.
Menurutnya lagi, apabila ditawarkan oleh Mamat Khalid untuk berlakon dalam filem televisyen terbarunya. Dia tidak menolak dan merasakan ini adalah peluang terbaik untuk mengembalikan nostalgia watak Cik Kiah selaku ketua rombongan.
“Saya senang berkerja dengan Mamat Khalid, corak pengarahan yang bersahaja memudahkan pelakon membawa wataknya dengan bebas,” katanya.
“Untuk Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya, saya masih mengekalkan wataknya yang sama selaku ketua rombongan. Kalau nak tahu tujuan utama rombongan kali ini ke Kelana Jaya, kenalah langgan dan tonton filem televisyen ini,” seloroh Delimawati.
Ia bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif, filem televisyen ini bakal bersiaran pada 23 Oktober 2014.
No comments:
Post a Comment