Friday, 10 October 2014

FARHAN SAH JADI ISTERI RASHADAN DENGAN SEKALI LAFAZ

FARHAN SAH JADI ISTERI RASHADAN DENGAN SEKALI LAFAZ

FARHAN SAH JADI ISTERI RASHADAN DENGAN SEKALI LAFAZ | Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi Nurfarhan Azizan, 30, sah menjadi milik Ahmad Rashadan Mohamad Suhaimi, 30, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Majlis nikah yang ringkas dan sempurna itu diadakan di Masjid Al Hasanah Bangi.

Mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam, Zainal Abidin Yusof serta berwalikan bapa pengantin perempuan Azizan Mohd Khir.

Selain mas kahwin sebanyak RM300, Farhan turut menerima 7 dulang hantaran dari pihak lelaki dan dibalas dengan 9 dulang hantaran dari pihak perempuan.

Hantaran dari pihak lelaki berupa set penjagaan wajah, telekung, Quran, jam tangan dan cincin.

Manakala hantaran dari pihak perempuan pula cincin, sireh junjung, ensiklopedia solat, jam, bunga rampai, manisan, sejadah dan coklat.

Selepas selamat diijab kabulkan, pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis respsi pada sebelah malam hari yang sama di Dewan Seri Endon Putrajaya.

No comments:

Post a Comment