Friday 31 October 2014

GAMBAR RUMAH SHAH ISKANDAR DISERANG KULAT


GAMBAR RUMAH SHAH ISKANDAR DISERANG KULAT | Kami agak bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon kacak ni. Siapa tak marah kalau rumah yang menjadi tempat untuk kita melepaskan lelah setelah penat berkerja ditumbuhi kulat.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Shah Iskandar di laman Instagramnya semalam, kami ingatkan hanya sofa sahaja yang tumbuh kulat, tapi sangkaan kami sama sekali salah.


Pelik juga kami kenapa sofa tersebut boleh jadi berkulat. Padahal Shah hanya meninggalkan rumahnya selama 2 hari untuk menjalani penggambaran di Cherating. Nak tahu perkara sebenar yang berlaku? Kenyataan berikut diberikan oleh Shah Iskandar di Berita Harian.

“Saya sendiri jadi geli tengok baju, sofa, kasut dan beg contohnya tumbuh kulat. Selalunya saya ingat paip di sinki akan bocor yang menyebabkan berlakunya lantai basah. Ini kebocoran berlaku dari atas siling. Peliknya hanya saya yang mengalaminya.

Sejak pagi tadi saya terpaksa bertemu pihak pengurusan kondominium untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi hanya petang tadi, saya mendapat perkembangan terkini apa tindakan pihak mereka selanjutnya. Itupun selepas kali kedua saya ke pejabat mereka.

Bagaimanapun, akhirnya pihak pengurusan sudah mengenal pasti punca permasalahan yang dikatakan daripada kebocoran siling dan akan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment