Tuesday 28 October 2014

GEMPAR!! LAGI ARTIS KANTOI TINGGAL SEBUMBUNG TANPA IKATAN SAH

GEMPAR!! LAGI ARTIS KANTOI TINGGAL SEBUMBUNG TANPA IKATAN SAH

GEMPAR!! LAGI ARTIS KANTOI TINGGAL SEBUMBUNG TANPA IKATAN SAH | Dalam keseronokan SS menghadirkan diri pada satu majlis hiburan baru-baru ini,

SS dikejutkan dengan cerita pasangan artis yg khabarnya tinggal sebumbung.

SS terkejut apabila mendengar cerita yg disampaikan seorang teman kerana tidak pernah pula mendengar pasangan itu membuat pengumuman mereka kini hangat menjalinkan hubungan cinta.

Sepanjang pengetahuan SS, hubungan pasangan artis itu memang rapat kerana sama-sama terbabit dalam bidang seni, tetapi tidaklah sampai bercinta dan duduk sebumbung sekali.

Apapun, SS tak berani hendak buruk sangka tanpa usul periksa. Maklumlah, sekarang ini sudah banyak sangat 'pelanduk dua serupa'.

Nanti, kalau terus menuduh, SS bimbang akan jatuh fitnah pula. Apapun, kalau benarlah pasangan ini bercinta, SS harap mereka cepat-cepat buat pengumuman mengenainya.

Lagi bagus dan berkesan, jika mereka menghantar terus kad undangan perkahwinan. 

Bukan apa, kalau sudah betul saling bercinta dan suka sama suka hendak tunggu apa lagi.

Ditambah pula, perkara baik seperti mendirikan masjid ini memang dituntut dalam agama. Apatah lagi, disebarkan segera untuk pengetahuan masyarakat. Barulah tidak mengundang sebarang kisah sensasi atau gosip liar.

No comments:

Post a Comment