Friday 31 October 2014

KEITH FOO DAN AARON AZIZ KINI BERSAING?


Pelakon kacukan Cina-India Keith Foo semakin dikenali di Malaysia malah tidak merasakan dirinya memberi saingan kepada kerjaya Aaron Aziz. Kedua selebriti ini menapak di dalam industri lakonan Malaysia dan mempunyai ramai peminat tersendiri. Bakat lakonan yang berbeza membuatkan mereka sangat bertuah kerana peminat Malaysia dapat menerima mereka lebih-lebih lagi Keith Foo yang dikatakan masih baru berbanding Aaron Aziz yang telah lama dalam bidang lakonan Malaysia.

Keith semakin dikenali dan menerima tawaran berlakon daripada produser tempatan yang di luar jangkaan.

“Saya pun terkejut, peminat tempatan menerima kehadiran saya dalam industri ini begitu cepat.”

“Untuk memberi saingan kepada Aaron, saya rasa tidak, dia pun salah satu senior dalam industri.

Apa-apa pun ianya bergantung kepada rezeki masing-masing, dan saya amat bersyukur dengan rezeki diberikan oleh Tuhan,” katanya bernama.


Menurutnya, tahap dirinya dalam dunia lakonan masih jauh dan banyak lagi perlu diperbaiki.
ADVERTISEMENT

Tawaran daripada produser yang berbeza membantu dirinya memantapkan lagi‘skill’ dalam bidang lakonannya.

“Saya terima tawaran berlakon filem, drama, serta telemovie bukan bermakna saya sapu semua. Memang nampak macam saya ni tamak, tetapi berlakon dengan pengarah atau pelakon yang lain, saya dapat belajar bagaimana untuk bekerjasama dengan mereka, saya harap orang di luar sana jangan salah faham,” ujar Keith.

Keith yang ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru arahan Osman Ali ‘Langit Cinta’ mahu lakonannya diterima oleh semua kaum di Malaysia.

“Impian saya ialah, lakonan saya diterima oleh semua kaum di Malaysia ini, sekiranya berjaya maka filem atau drama Melayu ini tidak ke arah satu kaum sahaja.”

No comments:

Post a Comment