MAHU BIKIN SELENA CEMBURU, JUSTIN BIEBER MENGORAT MODEL JALANAN? | Dikatakan bengang dengan laporan menyatakan kekasih atau teman tapi mesranya iaitu Selena Gomez menghabiskan waktu bersama Orlando Bloom, bintang pop terkenal Justin Bieber dikatakan telah mengorat seorang gadis di tepi jalan di Beverly Hills, semalam, Khamis.
Laporan yang dibuat oleh TMZ ini dikatakan sebagai balasan kepada Selena serta Justin ternyata mahu membuktikan bahawa dia tidak terkesan dek laporan yang mengaitkan Selena dan Orlando tersebut.
Bintang yang kini berusia 20 tahun itu dikatakan telah memberhentikan keretanya dan menurunkan tingkap sambil menyapa gadis yang ketika itu sedang melakukan penggambaran di jalanan California itu. Tidak sahaja menegur tetapi Justin dikatakan telah meluahkan ayat yang jelas menunjukkan dia mahu mengorat model kacukan Palestin-Amerika itu.

“Awak kelihatan seperti Puteri Jasmine,”ucap Justin Bieber sejurus menurunkan tingkap kererta Rolls Royce itu dan mengejutkan model tersebut.
Model yang merupakan seorang pelajar itu bernama Jacqueline Younis kini berusia 24 tahun dan ketika disapa Justin dia sedang melakukan penggambaran bersama jenama Festoun segeera menjawab dalam keadaan terkejut.

“Terima kasih banyak, ia sesuatu yang menakjubkan dapat bertemu awak,”balas model tersebut.
Dia turut memuatnaik detik-detik gembiranya itu dalam Instagram miliknya.

'@justinbieber body guard stopped my photo shoot with @festoun because @justinbieber wanted to meet me #princessjasmine #beiberfever #justinbieber #heygirl'.
Perkhabaran ini dikuatkan lagi apabila Selena dan Orlando dikatakan ditemui bersama tiba di LAX walaupun cuba untuk jalan berasingan tetapi ia tidak cukup kuat untuk mengatakan mereka tidak bercuti bersama.
No comments:
Post a Comment