Thursday 30 October 2014

PASANGAN BRADGELINA BERBULAN MADU DI LOKASI BY THE SEA

PASANGAN BRADGELINA BERBULAN MADU DI LOKASI BY THE SEA

PASANGAN BRADGELINA BERBULAN MADU DI LOKASI BY THE SEA | Pasangan selebriti terkenal Bradgelina yang baru sahaja mendirikan rumahtangga pada Ogos lalu kini dilihat sibuk dan memberi tumpuan utama kepada filem arahan Angelina Jolie sendiri, By The Sea yang sedang menjalani penggambaran di Malta.

Gambar yang menampilkan kedua-dua ikon selebriti terkenal dunia telah dirakam paparazzi yang tidak jemu mengejar mereka dimana sahaja Brad Pitt dan Angelina berada. Cerita yang berkisahkan cinta ini dikatakan dapat dijiwai keduanya yang masih lagi di dalam waktu berbulan madu.


Aktor yang kini separuh abad itu dalam beberapa adegan yang dilakonkannya tampak cukup romantis dan begitu natural sekali. Kedua mereka masing-masing tampil dalam persalinan gaya retro dengan topi fedora dan rambut besar mewakili trend di zaman 60’an itu.

Filem ini merupakan filem yang ditulis dan diarahkan sendiri Angelina dan menyatukan mereka semula setelah beraksi bersama dalam Mr & Mrs Smith hampir sedekad lalu yang juga menjadi titik permulaan cinta pasangan ini.


Pasangan ini telah mengikat janji setia di sebuah chapel atau gereja kecil Château Miraval, pada 23 Ogos lalu yang teletak di Selatan Perancis.

Penyatuan Angelina Jolie dan Brad Pitt dimeriahkan dengan kehadiran keluarga besar iaitu anak-anak mereka Maddox, 13 Pax, 10, Zahara dan Vivienne,6 ,Shiloh,8 dan Knox.

No comments:

Post a Comment