Friday, 10 October 2014

TUNTUTAN MUTAAH RITA RUDAINI PADA 13 NOVEMBER

TUNTUTAN MUTAAH RITA RUDAINI PADA 13 NOVEMBER

TUNTUTAN MUTAAH RITA RUDAINI PADA 13 NOVEMBER | Kes tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon oleh aktres Rita Rudaini Mokhtar daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak akan diperdengarkan di hadapan Hakim Syarie Mawardi Che Man pada 13 November depan.

Dipetik daripada laporan Sinar Harian, perkara ini telah dimaklumkan oleh wakil peguam pemain bola sepak negara itu, Rushdan Sujak Rafiee selepas selesai sebutan kes tersebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Atrasina Mohd Zahrullail semalam.

"Pada hari ini (semalam), plaintif (Rita) memasukkan jawapan kepada pembelaan yang dikemukakan anak guam saya, Aidil Zafuan pada sesi sebelumnya," ujar Rushdan. 

Menurut wakil peguam aktres itu iaitu Datuk Zaidi Mohd Zain, terdapat sembilan jawapan kepada pembelaan telah pun diserahkan kepada mahkamah dan antaranya adalah penafian dakwaan defendan iaitu Aidil bertindak keluar daripada rumah kelamin kerana telah menyediakan rumah baru. 

Rita, 38, dan Aidil, 27, bagaimanapun tidak hadir ketika sebutan kes tersebut berlangsung. 

Aktres ini telah memfailkan permohonan tuntutan mutaah pada 7 Julai lalu di mahkamah yang sama. 

Rita dan Aidil telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan mereka disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013. 

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

No comments:

Post a Comment