(4 GAMBAR) SAYU DI SEKITAR PERNIKAHAN ELLY MAZLEIN DAN AZMI HATTA | Umum mengetahui yang hari ini merupakan hari paling bahagia buat pelakon cantik manis Elly Mazlein, ini kerana beliau selamat dinikahkan dengan Azmi Hatta yang berlangsung di Surau As-Sakinah, Batu 12, Taman Putra Perdana, Puchong.
Sebaik selesai majlis pernikahan, terharu melihat beberapa foto pasangan ini yang sempat menziarahi pusara ibu Elly yang terletak bersebelahan di surau tersebut. dalam gembira ada tangisan, hanya Elly sahaja yang tahu perasaanya ketika itu.
Terdahulu, menerusi Instagramnya Elly sempat memuatnaik gambar pusara ibunya dan menulis,”AL Fatihah…Rindu Setengah Mati Hanya Allah yg tau .. Mama, u will always be in my Doa ..”
Apapun, Elly jangan bersedih dihari bahagia ni yerrr…yang hidup pasti mati,
Apapun, kami mendoakan agar arwah ibu Elly tenang di sana, yang hidup pasti mati. Iringkanlah doa kepada arwah ibu sebagai tanda ingatan dan kasih sayang kepada beliau. Selamat Pengantin Baru Elly & Azmi.
No comments:
Post a Comment