PENGELUAR pakaian dalam wanita popular, Victoria’s Secret sekali lagi menghasilkan produk coli terbaharu hasil sentuhan pereka, Pascal Mouawad yang berinspirasikan penari ‘belly dancing’.
Diberi nama Fantasy Bra, coli ini dihasilkan cukup eksklusif hingga harganya dikatakan mencecah sehingga USD2 juta (RM6 juta).
Fantasy Bra yang didatangkan dalam dua warna iaitu merah dan biru akan diperagakan oleh dua supermodel terkenal, Alessandra Ambrosio dan Adriana Lima pada pertunjukan fesyen Victoria’s Secret, Disember depan.
Fantasy Bra dihiasi pelbagai hiasan antaranya berlian, rubi dan sapphires serta memasukkan elemen belly dancing menerusi rantaian hiasan di bahagian perut, bahu dan tangan pemakai
No comments:
Post a Comment