Wednesday 5 November 2014

CARA MARION CAUNTER BERDOA DISALAH TAFSIR

CARA MARION CAUNTER BERDOA DISALAH TAFSIR

CARA MARION CAUNTER BERDOA DISALAH TAFSIR | Rasanya tak salah untuk kami katakan bahawa Marion Caunter merupakan seorang selebriti antarabangsa. Namanya bukan sahaja popular di Malaysia, bahkan dikenali sebagai pengacara program popular antarabangsa.

Jadi, segala tingkah laku dan pergerakan isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin sering sahaja diperhatikan.

Terkini, sekeping fotonya telah disalah tafsir oleh pengikut laman sosial yang mendakwa bahawa posisi tangan Marion seakan-akan meniru cara orang bukan Islam berdoa.


Mungkin dek kerana Marion baru bertatih menjadi seorang muslimah, ada sahaja caranya yang dilihat tidak kena di mata orang ramai. Bagaimanapun, ada juga peminat Marion yang menyelar individu yang sengaja mencipta kontroversi tersebut.

Sebenarnya, kami tak rasa bahawa Marion berniat untuk berdoa seperti cara orang bukan Islam. Lagipun, apa yang penting adalah niat Marion mahu mendoakan kesejahteraan rakannnya yang menyambut hari lahir. Setuju tak?

No comments:

Post a Comment