FARA FAUZANA NAFI TERIMA MASTER UNTUK PUBLISITI PERCUMA | Minggu lalu, ramai yang terkejut apabila pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana menerima Ijazah Kehormat Sarjana (Master) Komunikasi Massa daripada Geomatika University College.
Malah, ada juga yang mendakwa bahawa penganugerahan itu lebih bersifat publisiti percuma yang diberikan oleh Fara kepada kolej tersebut. Al-maklumlah, Fara kan ramai peminat.
Namun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Fara sekaligus menyatakan bahawa tiada sebarang kerjasama yang dilakukan dengan pihak kolej tersebut untuk tujuan promosi.
“Saya amat bersyukur dengan penganugerahan yang diberikan ini. Kalau orang yang dah biasa dengar mengenai penganugerahan kepada seseorang, mereka akan lebih memahami kerana sebenarnya ini bukan kali pertama ia diadakan. Cuma orang tak biasa dengar penyampai radio terima anugerah tersebut.
Kolej tersebut tidak menggunakan saya dan saya juga tidak menggunakan mereka. Orang ramai mula tahu pun apabila AM Krew buat surprise di radio. Jika mereka sengaja mahu promosi, saya rasa mereka sendiri akan mewar-warkannya.”
Untuk makluman anda, pada tahun 2004 Fara pernah mahu menyambung pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Namun, dek kerana jadualnya yang padat, wanita berusia 34 tahun itu perlu menangguhkan dahulu impiannya.
“Kalau penganugerahan ini tak diberikan pun, saya sendiri memang berniat mahu sambung belajar. Namun, kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukan.”
Rasanya dah cukup clear penjelasan yang dilakukan oleh alumni UiTM ni. Jadi, jangan timbul spekulasi bukan-bukan lagi mengenai anugerah yang diterimanya ya!
No comments:
Post a Comment