Monday 3 November 2014

GAMBAR MANJA YUSRI DIKEPIT LISA SURIHANI


GAMBAR MANJA YUSRI DIKEPIT LISA SURIHANI | Suka betul kami melihat kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli iaitu Lisa Surihani dan Yusri ini. Setiap foto dan video yang dimuat naik mencerminkan rumahtangga mereka yang harmoni.

Terbaru, sekeping foto yang baru dimuat naik oleh Lisa Surihani di akaun Instagramnya semalam betul-betul buat kami cemburu. Hehe.

Bukan apa, cemburu melihat kemesraan suami isteri ni. Nak tunggu giliran kami berkahwin nanti, macam lambat lagi je. Ewah!



Kalau korang nak tahu, Lisa ni boleh di kategorikan sebagai nakal tau. Kalau tak percaya, cuba lihat aksi Lisa kepit Yusri tu. Comel kan!

Bukan kami je yang teruja, pengikut Lisa pun bukan main seronok melihat kemesraan pasangan ini. Siap ada yang mendoakan mereka cepat menimang cahaya mata tau!

Tak sabar nak tengok baby Lisa dan Yusri lettew! Tapi, jangan ada yang ‘sakit mata’ pula lihat foto mesra mereka ini. Maklumlah, ikatan mereka sudah sah, rasanya tak salah pun bagi mereka kalau nak tunjukkan kemesraan bersama.

Lainlah ada sesetengah pasangan selebriti yang lain, belum ada apa-apa ikatan, foto mesra mengalahkan pasangan berkahwin. Opps!

Apapun, kami doakan yang terbaik buat Lisa dan Yusri. Oh ya, tahniah Lisa kerana berjaya menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) kelmarin.

No comments:

Post a Comment