GAMBAR PERCUTIAN ROMANTIK FIZO OMAR DAN MAWAR | Diam tak diam rupanya sudah setahun usia perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ni kan? Masih terbayang-bayang lagi dalam ingatan kami kemeriahan majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar pada tanggal 10 November tahun lalu.
Seperti kebanyakan pasangan lain, sudah pasti tarikh istimewa tersebut akan diingati dan disambut setiap tahun. Masa ni lah nak mengimbau kenangan suka duka selama bergelar suami isteri kan.
Mesti anda semua tertanya-tanya di manakah destinasi mereka menyulam cinta kali ini kan? Khabarnya percutian sempena anniversary mereka ini ala-ala orang kaya. Wahh!
Bila melihat laut yang secantik itu, kami sangkakan pasangan ini ke Pulau Maldives. Rupa-rupanya, pulau di Malaysia ni pun boleh tahan cun!
Sebenarnya, pasangan merpati ini sedang menikmati percutian mereka di Pulau Langkawi dan mereka dikatakan menginap di Four Seasons Resort Langkawi.
Kalau tak salah kami, hotel tersebut bertaraf lima bintang dan harga paling murah untuk menginap di sana adalah kira-kira RM 2,500++ untuk satu malam.
Namun, dengan berkat perniagaan burger Fizo yang semakin membesar dan juga empayar tudung Fareeda yang kukuh, kami rasa tidak salah kirannya mereka mahu berbelanja besar sekali-sekala kan? Jom kita tengok video dan foto di bawah.
No comments:
Post a Comment