GAYA ARTIS 'TEMAN TAPI MESRA' DI ANUGERAH SKRIN 2014 | BERMACAM-macam gaya dan fesyen yang digayakan selebriti ternama tanah air ketika menghadiri Anugerah Skrin 2014 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Pemerhatian mendapati walau pun belum terbuka hati untuk mengenakan hijab seperti Fara Fauzana dan Umie Aida, ramai juga selebriti memilih pakaian yang kurang mendedahkan dan ‘selamat’ termausklah Izreen Azminda, Dynas dan ermm.. Kavita Kaur.
Selebriti yang memilih untuk tampil sedikit berani termasuk lebih seksi, rugged dan feminin pula antaranya Nora Danish, Nabila Huda, Izara Aishah dan Amira Rosli
Selebriti lelaki tidak kurang tampan menggayakan persalinan sut yang membangkitkan lagi aura maskulin mereka.
Paling menarik perhatian pula tentulah selebriti yang hadir bersama pasangan masing-masing, tak kiralah suami isteri mahu pun masih bergelar kekasih atau teman tapi mesra.
No comments:
Post a Comment