Thursday 6 November 2014

GOSIP PANAS!! IZREEN AZMINDA DAN JOHAN AS'ARI KEMBALI BERSAMA




GOSIP PANAS!! IZREEN AZMINDA DAN JOHAN AS'ARI KEMBALI BERSAMA | Pelakon Izreen Azminda dan Johan As'ari yang putus cinta pada 2011 kini kembali bersama. Ketika ditemui baru-baru ini Izreen mengakui dia tidak mempunyai masalah dengan Johan kerana menganggap segala yang berlaku dahulu adalah perkara lalu. 

Bagaimanapun pasti ramai yang bertanya-tanya bagaimana perasaan Izreen mampu sembuh dengan mudah? Maklumlah sebelum ini Izreen berani mengeluarkan kenyataan Johan memainkan perasaannya sehingga berjanji untuk melamarnya. Malah, Izreen turut menasihatkan supaya Johan berhenti memainkan perasaan wanita.

Sebagai jawapan kepada persoalan di atas, GUA ingin memaklumkan bahawa Izreen dan Johan hanya sekadar kembali bersama untuk persembahan teater muzikal selingan di malam kemuncak Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.

“Tiada yang janggal di antara kami kerana kami berada di sini atas dasar kerja. Ini merupakan kali pertama kami berdua disatukan dalam satu projek selepas Juvana dan kami tidak bermasam muka antara satu sama lain.

Kami bertegur sapa seperti biasa kerana perkara yang berlaku itu pun kisah lalu. Pada mulanya saya terkejut juga kerana wataknya itu sepatutnya dibawakan oleh orang lain,” ujar Izreen ketika ditemui di sesi latihan bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.



Sementara itu, Izreen turut berkongsi tip bagaimana dia mendapatkan susuk tubuh yang semakin langsing dan cantik sudah mempunyai seorang anak. Menurut Izreen, beratnya turun dari 75 kilogram kepada 52 kilogram dengan mengamalkan diet mengurangkan pengambilan karbohidrat.

“Selepas bersalin berat saya naik sehingga 75 kilogram. Oleh itu saya tidak menyentuh nasi tujuh hingga lapan bulan menurunkan berat badan. Saya selesa dengan berat sekarang iaitu 52 kilogram dan saya hanya makan nasi dalam kuantiti sedikit seminggu sekali.

Saya memilih untuk berdiet kerana sebagai selebriti, penampilan diri begitu penting sekali kerana itulah produk yang dipertaruhkan oleh seorang artis. Jadi nak tak nak saya perlu juga berdiet demi kerjaya saya,” ujarnya.

Selain itu, Izreen kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul 'Pergilah Airmata' yang diadaptasikan daripada novel. Izreen juga bakal terjun ke bidang pengacaraan serta teater, namun masih belum boleh berkongsi secara terperinci kerana masih berada dalam peringkat perbincangan.

No comments:

Post a Comment