HANIS ZALIKHA SEMAKIN SOMBONG? | Gosip terbaru Hanis Zalikha kali ini mendakwa dirinya bersikap sedikit sombong di Anugerah Planet Muzik di Singapura yang berlangsung pada 17 Oktober lalu. Betul ke ek? Mungkinkah semua ini terjadi ekoran cerita-cerita panasnya sebelum ini seperti “Hanis Zalikha Plastik?“, “Hanis Zalikha Digelar Pelacur Kerana Foto Tayang Perut“, dan “Video Hanis Zalikha ‘Block’ Followers Negatif“. Mungkinkah?
Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan Hanis seperti tidak menghiraukan hadirin yang lain, buat hal sendiri je. Yang kurang sedap didengar pula, Hanis tidak bertegur sapa dengan rakan artis yang kurang popular. Iskiskisk.. Ape cerita ni sebenarnya.
Menurut sumber lagi, Hanis didakwa tidak melayan peminat yang menegurnya dan mahu bergambar dengannya, siap tarik muka masam lagi. Mereka yang hadir di majlis itu juga menyedari kelakuan yang seolah-olah kurang senang Hanis pada malam itu, asyik mengeluh terang-terangan. Sepertinya Hanis mempunyai masalah kerana kalau diikutkan sebelum ini Hanis tidak pernah berkelakuan sebegini.
Mungkin Hanis punya penjelasan berkenaan isu ini, Apa-apa pun kita tunggu dan lihat ke apa yang bakal dijawab Hanis. Bukan apa, sepatutnya artis-artis perlulah lebih terbuka kerana waktu-waktu majlis berprestij macam ni laa nak berkumpul, berkenalan dan bermesra sesama artis serta para peminat, ‘bonding time’gitu. Tambahan pula APM ni kan meraikan industri muzik kota Singa, Malaysia dan Indonesia.
Tak elok laa kalau buat perangai waktu macam ni kan. Sekurang-kurangnya, Hanis serta para selebriti yang lain menghargai para peminat yang selama ini menyokong karier seni selama ini.
Semoga isu ini tidak berpanjangan dan akan terjawab. Bukan apa nanti nama Hanis juga akan terjejas. =)
No comments:
Post a Comment