KETERANGAN BIDAS NORANIZA IDRIS ISU LAGU CINDAI OLEH STACY | Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) yang berlangsung pada Jumaat lalu telah pun melebuhkan tirainya dengan pelbagai cerita dan gosip-gosip tersendiri. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Namun disebalik kegembiraan dan kemeriahan pada malam itu, masih ada gosip-gosip dan cerita-cerita panas berkeliaran. Cerita kali ini berkenaan nyanyian Cindai oleh Stacy. Lagu Cindai dinyanyikan oleh penyanyi atau diva Malaysia iaitu Dato’Siti Nurhaliza dengan lirik-lirik yang puitis hasil ciptaan Hairul Anuar Harun.
Cubaan Stacy menyanyikan lagu tersebut akhirnya membawa kepada kontroversi di mana ada segelintir pihak yang seakan-akan tidak boleh menerima lagu yang dibawa oleh Stacy pada malam itu termasuk penulis lirik itu sendiri.
Walaubagaimanapun, isu ini mendapat perhatian penyanyi irama melayu tanah air, Noraniza Idris yang tampil membidas kenyataan penulis lirik itu di Facebook.
Baginya Hairul Anuar tidak sepatutnya cepat melatah kerana Stacy telah berusaha untuk menyanyikan lagu itu dengan baik. Namun, sebagai manusia biasa, Stacy tidak lari daripada membuat silap tambah-tambah lagi lagu itu tidak pernah dibawakannya sebelum ini. Ini merupakan percubaan yang berani oleh Stacy.
“Hanya kerana cara nyanyian dan silap kerana lupa lirik, itu dah ada dalam nyanyian live. Satu side lain kita perlu beri pujian kepada Stacy kerana dia isi setiap nyanyiannya dengan gaya persembahan yang bukan mudah orang nak buat.”
“Bagi saya semua orang berhak menyanyikan lagu tersebut yang hanya sebuah lagu traditional yang boleh dinyanyikan oleh siapa jua dengan cara tersendiri,” tambahnya.
Rasanya tidak perlualah untuk perbesarkan isu ini sebab setiap manusia pun akan melakukan kesilapan. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan atau kenyataan yang bakal keluar daripada Stacy. Jom kita dengar sekejap nyanyian Cindai oleh Stacy pada malam itu.
No comments:
Post a Comment