PENGACARA MELODI MENGAMUK, BERGADUH DENGAN PEMINAT | Nampaknya salah seorang pengacara rancangan hiburan Melodi telah berang dengan peminatnya. Zulin dikatakan memarahi peminat di laman media.
Ini kemarahan Zulin:
"Saya nak tanya awak, yang awak nak sibuk tengok gambar saya buat apa? Saya tidak kongsi gambar-gambar saya khas buat awak pun. Dan tidak ada sebab gambar saya perlu cantik di mata awak. Sekian terima kasih.
Itu antara tulisan Zulin di laman instagram. Pengacara Melodi ini memarahi peminat yang sering menghinanya di laman sosial.
Ini komen Zulin:
"Setiap kali saya memuat naik gambar dalam IG, pengikut itu pasti memberi komen yang kurang enak seperti mengutuk fizikal saya. Bahkan dia juga meninggalkan komen berbaur jijik seperti 'eeee. yuckss. geli..'
"Dia cuba menggambarkan diri saya seolah-olah seperti haiwan. Apa yang dilakukan pengikut itu sudah cukup menguji tahap kesabaran saya. Pada saya, dia memiliki aura negatif yang cukup besar dan perlu dijauhi,
"Saya akui dalam situasi emosi yang kurang stabil ketika itu. Maka, dengan perasaan marah saya menulis komen sebegitu bagi menjawab apa yang sudah ditulis pengikut berkenaan terhadap foto saya.
"Sebenarnya, saya sudah lama bersabar dengan komen ditulis pengikut itu pada foto yang saya muat naik. Bukan kali pertama dia (pengikut) berbuat begitu.
"Sudah beberapa kali dia memberikan komen kurang ajar dan tidak menghormati saya sebagai pemilik akaun laman sosial itu. Saya sudah tak mampu bersabar lagi,"
"Jadi, kalau setakat berbelas atau berpuluh komen yang diterima, saya masih mampu memantau komen-komen ditinggalkan itu. Apa yang pasti, saya kurang gemar komen yang berbaur negatif.
"Bukanlah saya seorang yang tidak boleh terima teguran. Tetapi, perlulah teguran ditulis itu beralas dan beradab. Apatah lagi, saya juga seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan,"
Insta Zulin mencecah 60 ribu orang dan bagi Zulin insta merupakan milik peribadinya untuk memuatnaik gambar apa sahaja dan bukan tempat untuk mengutuk orang.
No comments:
Post a Comment