Friday 7 November 2014

ROSYAM NOR MELENTING DENGAN KENYATAAN WARDINA TERHADAP KES BULI



ROSYAM NOR MELENTING DENGAN KENYATAAN WARDINA TERHADAP KES BULI | Semalam tersebar di laman sosial sebuah video klip menunjukkan kes buli pelajar sekolah dirakam menerusi telefon bimbit dan ini mengundang pelbagai komen dari seluruh lapisan masyarakat dan Wardina Safiyyah secara semulajadi memberikan pandangan beliau.

Walaupun jauh berkelana sehingga ke orang, Wardina masih lagi mengambil tahu perkembangan isu semasa di tanah air dengan memberikan komennya, 

Menulis menerusi akaun Facebook beliau, Wardina Safiyyah berpendapat kes buli yang terjadi kini adalah disebabkan filem gangster yang mengandungi unsur keganasan yang diterbitkan oleh pembikin filem tempatan selama ini.

Ini merupakan serba sedikit komen Wardina berhubung isu tersebut,




Datuk Rosyam Nor Tidak Setuju Kenyataan Wardina Safiyyah


Malaysian Digest mendapatkan kenyataan pelakon yang sinonim dengan filem gangster, Rosyam Nor tentang perkara ini dan beliau berkata perkara ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya atas bahu pembikin filem kerana ianya satu pengaruh individu.


“Kes buli bukan berlaku hari ini malah, filem berunsur gangster sudah banyak dihasilkan. Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk. Sebaliknya, apa yang berlaku terhadap kes buli seperti ini adalah berpunca daripada pengaruh dalam diri masing-masing,” jelas Rosyam Nor.

No comments:

Post a Comment