SETELAH 5 TAHUN MENUNGGU, EMELDA ROSMILA DISAHKAN HAMIL | Tahniah kepada pelakon Emelda Rosmila dan juga Adlin Aman Ramlie, kerana Emelda Rosmila dikhabarkan sudah hamil. Pasti Emelda Rosmila teruja menunggu kelahiran bayi tersebut.
Rahsia ini terbongkar melalui laman sosial Instagram Emelda yang memuat naik gambar ‘pregnancy test’ dengan ‘caption’ jengjengjeng!!!!

Ramai pengikut Instagram Emelda teruja dan telah mengucapkan tahniah kepadanya yang turut sama-sama berkongsi kegembiraan.
Kalau berita ini betul, pasti ramai yang tampil mengucapkan tahniah dengan kandungan tersebut. Hubungan rumahtangga mereka kini sudah masuk tahun kelima.
Sebelum ini, Emelda pernah berkata yang dia tidak akan putus asa menjalani apa jua rawatan di hospital dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan cahaya mata.
Semoga kebahagiaan rumahtangga mereka berkekalan hingga akhir hayat serta diserikan lagi dengan cahaya mata sulung dalam keluarga mereka.
No comments:
Post a Comment