Wednesday 5 November 2014

TAHNIAH!! GILIRAN ZIZAN RAZAK PULA CECAH 1 JUTA PENGIKUT DI INSTAGRAM


TAHNIAH!! GILIRAN ZIZAN RAZAK PULA CECAH 1 JUTA PENGIKUT DI INSTAGRAM | Selepas Nora Danish dan Emma Maembong, kini giliran Zizan Razak untuk mempunyai jumlah pengikut sebanyak1 juta di Instagram. Kalau tak silap, Zizan merupakan selebriti lelaki pertama yang berjaya mencecah angka keramat ini. Jutaan tahniah diucapkan. Sesungguhnya populariti Zizan tidak boleh disanggah lagi. Bukan senang nak sampai angka 1 juta lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.

Zizan Razak juga telah mengambil kesempatan untuk menulis ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya selama ini bersempena dengan angka 1 juta ini. Tulis Zizan:-

THANK YOU!! All I can say is a million thank yous for your support, for your love, for your prayers, for following me and for accepting me. You are my blood, my heart, my inspiration… You motivate me every day to do what I do and to live my dreams in this industry. All praise belongs to God


Semoga Zizan terus kekal ‘humble’, mesra peminat dan menghargai para penyokongnya seperti yang dilakukan selama ini. Semoga Zizan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Siapa sangka daripada seorang peserta Raja Lawak, kehidupan Zizan kini berubah 100%. Itulah namanya rezeki. Good luck and all the best untuk masa hadapan. Tahniah Zizan. Jangan lupa untuk ikuti Zizan di Instagramnya.

No comments:

Post a Comment