Sunday 2 November 2014

TAWARAN BERLAKON RAJA FARAH BERKURANGAN SELEPAS BERKAHWIN

TAWARAN BERLAKON RAJA FARAH BERKURANGAN SELEPAS BERKAHWIN

TAWARAN BERLAKON RAJA FARAH BERKURANGAN SELEPAS BERKAHWIN | Sudah lama kita tidak mendengar gosip Raja Farah yang dulunya popular di dalam drama “Aku Masih Dara”. Namun keputusan berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010 dan bertudung pada 2011 tidak pernah disesali Raja Farah sekalipun mengakui tawaran berlakon tidak lagi sekencang awalan kerjaya seninya dulu. Bagi beliau, rezeki ada di mana-mana.


Sejak awal tahun lalu, Raja Farah berpindah ke Pasir Mas, Kelantan kerana mengikut suaminya yang bertugas sebagai jurulatih selam skuba di sana.


“Ikutkan saya masih aktif berlakon. Bahkan sejak tinggal di Kelantan, saya masih berulang alik ke Kuala Lumpur kalau ada tawaran berlakon yang sesuai. Memang dulu selepas kahwin, saya seakan menyepi kerana memberi tumpuan kepada rumah tangga.

“Akibat menyepi itu mungkin orang ingat saya seperti sudah tidak mahu berlakon dan memang saya tak nafikan tawaran berlakon itu tidak banyak seperti dulu. Biasalah selalunya semuanya berbalik kepada rezeki.

“Ada sesetengah artis bertudung, tawaran masih kencang dan ada juga yang sebaliknya. Tapi saya tak kecewa atau tertekan dengan situasi ini. Ini kerana saya dengan rela hati mahu memperlahankan kerjaya seni,” kata Raja Farah yang memberitahu suami juga lebih suka jika beliau tidak aktif seperti dulu.


Sebagai gadis bertudung Raja Farah perlu memilih tawaran berlakon. Itu senario biasa bagi mana-mana artis wanita yang bertudung dan berkahwin. Beliau bertudung empat bulan selepas berkahwin.

“Selama menyepi dan jika tiada tawaran berlakon, saya berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Saya pernah muncul dengan jubah sendiri tapi sejak saya ke Kelantan, perniagaan itu tergendala sekejap.

“Insya-Allah kalau tak ada apa-apa saya akan aktifkan balik perniagaan itu. Macam bulan pertama di Kelantan itu, saya tidak terasa bosan sangat. Masuk bulan kedua, saya perlu melakukan sesuatu almaklumlah sudah biasa bekerja,” katanya.

Menurut Raja Farah, beliau turut membantu ibu mentua yang menguruskan perniagaan kedai runcit di Kelantan. Malah rumah yang disewa beliau dan suami juga berdekatan dengan rumah mentua.



“Saya bantu dalam menguruskan akaun di kedai. Baru-baru ini saya ada berjinak-jinak dalam membuat roti, biskut dan makaron. Kek itu boleh pandai lagi. Tapi ada juga yang pernah membuat tempahan kek hari jadi daripada saya. Kalau nak tempah boleh ikuti Instagram saya di bawah nama@rajafarahmbq.

“Saya pun sesekali akan berkunjung ke pulau bertemu suami atau dia pulang ke rumah. Ikut keadaan. Kadang-kadang saya hanya berjumpa dengan suami seminggu sekali. Ada kalanya juga saya juga membantu suami melatih wanita yang ingin belajar selam skuba,” katanya yang turut berpengalaman sebagai penyelam.

Menerusi temubual yang dibuat, nampaknya Raja Farah lebih bahagia dengan kehidupan sekarang. Yang penting menjadi isteri yang solehah kepada suaminya. Sejuk mata memandang dengan imej Raja Farah yang sopan dan betul-betul muslimah.

No comments:

Post a Comment