Tuesday 4 November 2014

TINDAKAN PELIK ANAK ROZITA CHE WAN SEMASA DIAZAN ZAIN SAIDIN

TINDAKAN PELIK ANAK ROZITA CHE WAN SEMASA DIAZAN ZAIN SAIDIN | Zain Saidin yang ketika ini masih gembira tak terhingga kerana menimang anak perempuan yang lahir dari perempuan berusia iaitu Rozita Che Wan.Perempuan berusia bila dah beranak dikira keajaiban juga.Kerana bukan semua subur seperti itu.Kalau lahir anak pun banyak yang mengalami simpton tidak normal kerana faktor beranak di usia tua.


Syukur alhamdulillah kerana Che Ta dan bayi dalam keadaan sihat. Jujurnya, ketika berada di bilik bersalin dan melihat sendiri proses tersebut, saya rasa seperti sedang bermimpi. Dan apabila anak dilahirkan, saya nangis di samping gembira dengan kurniaannya.

"Saya juga rasa tersentuh ketika azan dan iqamat ke telinga anak. Sebelumnya dia menangis, tapi apabila diazan dan iqamat dia terus diam," kongsi Zain yang sentiasa memberi kata-kata semangat buat isterinya ketika hendak melahirkan.


Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan pelakon, Zain Saidin tatkala melihat isteri tercinta, Rozita Che Wan selamat melahirkan anak pertama mereka.

Tanggal 1 November 2014 menjadi satu lagi detik bersejarah mereka berdua apabila lahirnya seorang bayi perempuan comel.

Ketika dihubungi Zain setia menemani isteri dan anaknya di hospital. Dan Zain mengakui, buat masa sekarang dia belum dapat menguruskan sendiri anaknya kerana masih di bawah penjagaan jururawat.



"Memandangkan masih di hospital, jadi jururawat yang sediakan semua apatah lagi sekarang anak ada sedikit kuning. Insya-Allah, kalau sudah pulang ke rumah nanti saya akan buat sendiri," ujarnya teruja.

Ditanya soal nama anak, seperti yang diberitahu sebelum ini mereka akan mengumumkannya pada hari ketujuh nanti.

"Selain nama anak, insya-Allah pada hari ketujuh juga kami akan mencukur rambut," tambah Zain lagi.


Selepas Zain memuat naik foto puteri sulungnya di akaun Instagram, para peminat telah memuji kecomelan wajah bayi tersebut.

Malah kakak kepada Zain, Sasha Saidin turut memuat naik sekeping foto dengan meletakkan wajahnya semasa bayi bersebelahan anak saudaranya yang baru dilahirkan itu.

Menerusi foto tersebut, Sasha menulis kapsyen "LADIES AND GENTLEMAN...INTRODUCING TO YOU...PRINCESS SAYANG & PRINCESS LOVE. ON THE LEFT IS ME AND CUTE LIL BABY ON THE RIGHT IS MY GORGEOUS BEAUTIFUL ADORABLE NEW NIECE...GOOD JOB @THEREALZAINSAIDIN & @ROZITACHEWAN1."


Selain Sasha, seorang pemilik akaun Instagram yang menggunakan identiti 'ammaratrin' pula menunjukkan persamaan wajah Zain dan anak sulungnya, bersama kapyen 

"Wahh, muka Zain Saidin masa kecik samalah dengan muka anak dia. Comel sangat. Welcome to the world baby."Ternyata kecomelan bayi perempuan Zain dan Che Ta mempunyai iras bapanya semasa kecil tetapi masih mewarisi kecantikan ibunya.

Che Ta telah melahirkan bayi perempuan seberat 3 kilogram itu secara normal di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi, selepas menerima nasihat doktor walaupun tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin.

Oh..Che Ta Boersolek Rupanya



Melihat wajah Che Ta yang selamat bersalin anak sulung mereka 1 November yang lalu, nampak jelita dan cantik. Apa rahsia Che Ta ye, mesti ramai ibu-ibu di luar saya nak tahukan.

Ramai yang melahirkan rasa kagum melihat kejelitaan wajah Rozita Che Wan walaupun baru sahaja melahirkan anak. Mana tidaknya, Che Ta kelihatan amat berseri-seri dengan senyuman manis di dalam salah sebuah gambar yang telah di kongsikan. Rupa-rupanya Che Ta telah sempat bersolek dan bersiap sebelum melahirkan puteri sulung kesayangannya.

Orang perempuan dan alat solek memang tak boleh dipisahkan. Rasanya ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang turut melakukan perkara yang sama. Kata Che Ta:-

Memang saya bersolek dan bersiap. Bukan sebab nak masuk TV, tapi ketika melahirkan dua anak sebelum ini pun saya buat perkara sama. Malah, kalau ke mana-mana sekali pun, saya pasti akan bersiap.

Saya memang nak bersalin normal. Malah doktor sendiri pun sarankan perkara sama sebab dua anak saya sebelum ini pun dilahirkan secara normal. Jadi tidak ada masalah untuk lakukan itu.

Lahir sahaja anak dan ketika melihat wajahnya, saya rasa bersyukur dan gembira. Impian untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan


Yang penting, ibu dan anak kedua-duanya selamat dan berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Memang sangat sesuai dengan statusnya sebagai seorang selebriti. Semoga Che Ta dan si puteri dapat keluar dari hospital dengan segera. Sama-samalah kita doakan.
Tahniah kami ucapkan kepada Che Ta dan Zain, selamat berpantang juga buat Che Ta. -Astro Awani

Kira ok la tu pandai azan sendiri.Jangan jadi seperti artis yang sorang tu..anak dilahirkan tapi panggil ustaz pula yang azankan.. macam anak ustaz tu la pulak..adess










No comments:

Post a Comment