Sunday 9 November 2014

ZARA ZYA BERCAKAP DENGAN MOTOR DALAM 'MAN RIDER'


ZARA ZYA BERCAKAP DENGAN MOTOR DALAM 'MAN RIDER' | Pelakon Zara Zya mengakui terpaksa membayangkan setiap pergerakan serta suasana sekeliling dalam panggambaran yang menggunakan teknik janaan komputer CGI merupakan cabaran utamanya dalam drama Man Rider yang bakal disiarkan pukul 8.30 malam, Isnin di TV9.


Zara berkata, beberapa adegan dalam drama tersebut memerlukan dia untuk melakonkan aksi lawan dan bercakap dengan sebuah motosikal yang sebenarnya tidak wujud.


"Drama ini banyak guna CGI, jadi saya perlu membayangkan sendiri suasana tempat tersebut serta beberapa aksi saya dengan sebuah moto ajaib.


"Namun semuanya berjalan lancar dengan bantuan semua kru produksi," ujarnya 




Selain itu, dugaan berlakon dalam bulan Ramadan lalu juga menjadi pengalaman manis buat dirinya.


Selain Zara, barisan pelakon yang turut terlibat dalam drama ini ialah Azwan Kombos, Shamsul Ghau Ghau, Hamdan Senario dan Usop Cecupak.



Drama Man Rider mengisahkan tentang Leman lakonan Azwan Kombos, seorang anak yatim piatu yang sentiasa menyimpan impian untuk menjadi adiwira sehingga terbawa-bawa sehingga ke dewasa.


Impian Leman akhirnya dimakbulkan apabila kapcai milik Tok Ayah, datuknya diresapi kuasa UFO sehingga mampu terbang, berkata-kata, mempunyai kuasa ajaib dan mempunyai perasaan seperti manusia biasa.


Drama Man Rider bakal bersiaran pada Isnin, pukul 8.30 malam di TV9.

No comments:

Post a Comment