ZIZAN NIN MENYELAR ARTIS BARU YANG GILA BERSELFIE \ Nampaknya berselfie ni, bukan sesuatu yang asing bagi penggemar yang suka mengambil gambar.Suka berselfie bukan sahaja golongan kebanyakkan namun ada juga golongan artis yang terlebih berselfie nak-nak dekat shooting. Ni bukan Abang M yang cakap ok, tapi pelakon Zizan Nin agak kurang senang dengan perangai segelintir pelakon-pelakon baharu yang gemar ‘berselfie’ ketika berada di lokasi penggambaran.
Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, 39, berkata, tindakan tersebut menganggu kosentrasi pelakon lain serta dilihat tidak menghormati pelakon-pelakon senior yang turut terlibat dalam sesebuah penggambaran.
“Saya gembira dengan kemunculan hero-hero baru dalam industri, namun ada segelintirnya yang saya tidak suka kerana kurang fokus ketika di lokasi.
“Pelakon lain sibuk menghayati watak tetapi segelintir pelakon lain pula suka sangat berselfie. Selalunya saya akan tegur sahaja perangai begitu supaya mereka jaga tingkah laku ketika di lokasi,” ujarnya
Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemunculan ramai pelakon-pelakon baharu dalam industri seni tanah air.
Jelasnya, pelakon-pelakon baharu perlu mengambil peluang untuk menambah ilmu daripada pelakon senior ketika berada di lokasi dariapda sibuk dengan telefon masing-masing untuk merakamkan gambar-gambar selfie.Katanya, lebih memalukan apabila mereka gagal membawakan watak dengan baik sehingga menjejaskan jadual pelakon-pelakon lain.
“Ada segelintir pelakon yang suka main-main dan tidak berdisiplin. Bagi saya tidak guna wajah yang cantik dan tampan kalau tiada disiplin.
“Mereka seolah-olah tidak malu jika berlaku kesalahan atau gagal membawakan watak dengan baik dihadapan pelakon lama,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment