Friday 28 November 2014

HANEZ SURAYA LUAH PERASAAN DALAM MAJALAH LISA

HANEZ SURAYA LUAH PERASAAN DALAM MAJALAH LISA | Pertama kali menghiasi muka hadapan majalah Lisa, pelakon drama bersiri 'Autumn Di Hatiku', Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, menyatakan yang dia senang bekerjasama dengan tenaga produksi majalah berkenaan. 

Menyifatkan sesi penggambaran itu diadakan dalam keadaan ceria, Hanez menyenangi cara kerja tenaga produksi majalah Lisa yang berlangsung dengan teratur dan pantas. 

Ini merupakan pengalaman sulung saya menjadi penghias kulit majalah Lisa. Selama ini memang saya mengikuti mereka, tetapi untuk edisi Disember 2014, baru saya mendapat peluang. Cara kerja tenaga produksi majalah Lisa berlangsung sangat cepat. 

Saya rasa senang bekerjasama dengan mereka kerana mereka berperwatakan 'happy go lucky' dan ceria, ujar Hanez kepada GUA.



Selain itu, pelakon drama bersiri 'Suri' ini memuji kesungguhan semua tenaga produksi yang terlibat dalam menjayakan sesi fotografi ini. 

Ini juga merupakan kali pertama saya bekerja dengan tenaga produksi majalah yang didominasi oleh wanita. Selalunya, ramai tenaga pekerja lelaki tetapi tidak bagi Lisa. 

Jurufoto mereka juga merupakan seorang gadis. Ini membuatkan saya lebih bersemangat dalam melaksanakan kerja yang diberi, kata Hanez lagi.

Dalam majalah Lisa keluaran Disember 2014, Hanez bercerita mengenai kisah dan kontroversi yang hinggap kepada dirinya sepanjang 2014. Mahu meninggalkan semua kisah silam di belakang, Hanez mengharapkan 2015 menjadi permulaan baginya dalam membuka buku baru. 




Untuk membaca kisah selanjutnya mengenai Hanez Suraya, jangan lupa dapatkan majalah Lisa di kedai-kedai buku berdekatan dengan harga RM3.90! 

No comments:

Post a Comment