Monday 8 December 2014

ADIRA SEMAKIN MANIS SELEPAS BERTUDUNG


ADIRA SEMAKIN MANIS SELEPAS BERTUDUNG | Sejak tampil berhijab, penyanyi berkulit putih gebu Adira kelihatan lebih cantik berseri. Dia juga jarang beraksi di atas pentas atau membuat kemunculan di kaca tv selepas melalui transformasi itu. 

Buat anda yang ternanti-nantikan kemunculan Adira dengan imej barunya, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Konsert EH! Ulang Tahun Ke-15 pada 8 November nanti bertempat di KL Live. 

Adira bersama beberapa lagi artis tempatan seperti Hafiz, Alyah, Misha Omar,Altimet, Dayang Nurfaizah dan Forteen bakal membuat persembahan di konsert yang dibawakan khas oleh The Body Shop itu. 

Mungkinkah Adira dan Hafiz juga akan tampil bersama mempersembahkan lagu berhantu nyanyian mereka iaitu “Ombak Rindu”? 




Dapatkan tiket pada harga RM50 di KL Live atau Blu Inc Media. Istimewa buatpembaca setia EH!, anda boleh mendapatkan tiket pada hanya RM10 dengan membawa resit pembelian majalah EH! edisi September atau Oktober ke Blu Inc Media. 

Pelanggan The Body Shop juga berpeluang mendapatkan tiket pada harga yang sama dengan pembelian mana-mana produk The Body Shop di cawangan terpilih.

No comments:

Post a Comment