Monday 8 December 2014

KEKECOHAN PENYOKONG BOLASEPAK MELIBATKAN MALAYSIA VS VIETNAM


KEKECOHAN PENYOKONG BOLASEPAK MELIBATKAN MALAYSIA VS VIETNAM | Assalamualaikum & hello kepada semua penyokong Malaysia! Satu Malaysia or even satu dunia dah tahu, malam semalam Malaysia tewas di tangan Vietnam dengan jaringan 2 - 1. Well, Malaysia did a good job but Vietnam was even better than us. 



By even better than us, apa yang aku maksudkan disini ialah cara permainan diorang yang lagi laju & disiplin. Aku kecewa dengan tindakan Safiq Rahim yang memukul pemain Vietnam (Not sure yang mana satu). 

Pada pendapat aku Safiq Rahim boleh dikenakan kad merah, nasib menyebelahi dia kerana refferee mungkin tak perasan apa sebenarnya yang dilakukan oleh beliau. 

Ye aku akui, tindakan beliau itu mungkin juga disebakan tekanan yang dihadapi,Safiq Rahim merupakan captain bagi team Harimau Malaya. 

Okay cukup sampai disitu bagi perlawanan semalam. Semoga nasib menyebelahi Malaysia di Hanoi kelak. 


Dilaporkan juga, terdapat insiden pergaduhan di stadium semalam. Semasa atau selepas itu tak dapat aku pastikan, sebab aku tiada di stadium. 

Yang pasti apa yang aku dapat tahu insiden ini tidak melibatkan langsung Ultras Malaya. Yes, tiada berkait dengan Ultras Malaya tetapi insiden ini dimulakan oleh Inter Johor Firms (IJF) yang dikatakan memukul fans Vietnam. 

Sebab apa pukul tu tak tahu, geram mungkin sebab kalah. 










Bukan itu sahaja, IJF ini juga turut memukul penyokong Silver State Ultras (SSU). 

Dikatakan IJF tidak berpuas hati dengan beberapa orang dalam SSU tersebut menyebabkan insiden gaduh tumbuk menumbuk berlaku. Hmmm.. 



Korang ingat TMJ akan berdiam kalau hal yang melibatkan Johor? TMJ telah mengeluarkan statement bahawa orang orang IJF yang terlibat dalam pergaduhan tersebut akan diharamkan untuk memasuki Stadium Larkin atau mana mana stadium yang melibatkan dengan team Johor. 

Tapi jangan risau, penyokong Vietnam menanti penyokong Malaysia disana.Jadi, hati hati sesiapa yang ke Hanoi Khamis ini. 





Dan, akhir sekali aku tak faham dengan pengurusan FAM ni. Hmmmm, apa pendapat korang mengenai hal gaduh & FAM ni?

No comments:

Post a Comment